
JODOH ITU KETENTUAN ALLAH SWT
Manusia yang digelar remaja sering
terfikir, siapakah jodoh yang ditentukan oleh Allah SWT untuk menjadi
permaisuri hidup kita.. Siapakah bakal suami atau bakal isteri yang akan
berkongsi hidup bersama selamanya.. Walaupun kita tidak mengetahui siapakah
insan istimewa tersebut, namun manusia yang lemah seperti kita tetap mempunyai
ciri-ciri idaman untuk bakal pasangan kita kan…???
- Apakah yang dimaksudkan dengan jodoh..?? Jodoh ialah lelaki atau perempuan yang sah menjadi pasangan hidup kita selepas akad pernikahan..tidak kepada yang bercouple-couple okay… J
- Jodoh kita perlu dicari atau tidak..?? Jodoh ini ibarat macam rezeki kita.. Walaupun Allah swt dah tetapkan untuk kita, kita juga perlu mencari dengan bekalan doa dan usaha bukannya dengan menggoda lelaki..
- Kita hendaklah berusaha jika kita menginginkannya.. dan usaha itu bukan sahaja kita perlu mengenalinya tetapi perlu menyelidik latar belakang si dia..sekadar mengetahui siapa keluarganya, apa agamanya, apa akhlaknya, apa statusnya dan apa pendidikannya sudah cukup memadai..
Terkadang Allah swt
menentukan seseorang yang begitu hampir dengan kita sebagai jodoh, dan
terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita.. Ada juga yang bercinta,
mungkin bertunang bahkan mungkin sampai berkahwin namun andai itu belum jodoh
yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran.
Andai tiada jodoh di waktu
percintaan, tidak begitu menyakitnya berbanding cinta yang terputus apabila
telah sampai bertunang dan lebih-lebih lagi apabila sudah ke alam perkahwinan.
Mungkin pada nilaian mata manusia itu adalah keputusan yang tidak munasabah dan
tidak memikirkan hati orang lain. Sememangnya manusia perlu berusaha untuk
membina kebahagiaan yang telah dibina atas dasar kasih sayang. Tetapi apa yang
lebih penting kebahagian diri perlu diutamakan.
Dan Allah SWT menjadikan ini semua
sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Istilah ‘tiada jodoh’
jika kita sama-sama teliti sebenarnya terkandung 3 perkara penting yang perlu
difahami:
1. Hikmah pengajaran
Ä Kerana manusia sepanjang masa tidak melakukan
keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti
akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan
pada masa yang lain.
2. Asbab bertemu jodoh
Ä Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah
akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah
bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu
menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.
3. Takdir
Ä Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu
dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah
kehidupan yang perlu diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak,
bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir
Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati
yang perlu menerima dengan redha.
TAKE NOTE : Jangan mencintai
seseorang setinggi langit, kerana langit boleh runtuh…Jangan mencintai
seseorang sedalam lautan, kerana lautan boleh surut…Jangan mencintai seseorang sebesar
dunia, kerana dunia boleh hancur.. Cukuplah mencintai seseorang seujung kuku,
walau kecil, walau selalu dipotong, ia akan selalu tumbuh… J
J
J
NORFATIN AMELIA BINTI MOHD ZARAWI (UK 30157)
TUGASAN INDIVIDU