
Hari ini aku rasa tertarik untuk mengupas dan merungkai mengenai
istilah ‘maaf’. Sebuah tajuk yang ringkas, tapi penuh dengan maksud yang
tersirat. Kan kan kan….
'Maaf' satu ayat berat untuk diluahkan kan.Aku pun macam tu jugak bila nak minta maaf bila buat salah tu kadang-kadang macam tak boleh. Tapi itu sebenarnya ego kita kan?bila nak hilang ego kita? Tepuk dada, tanya iman. Biarkan hati diketuk. Kebanyakkan kita ni memilih kawan perlukah dimaafkan atau
tidak. Kita sebenarnya berukhuwah tanpa mengenal rupa bukan? Janganlah kerana dia bukan
sahabat karib kita, dia tiada hak dalam berukhuwah. Ada juga yang akrab bukan
main, tapi oleh kerana satu kesilapan yang dia lakukan, kita menjauhkan diri.Pasti
kita semua pernah rasa kan.
Kadang kala kita kena cermin diri,muhasabah. Sempurnakah kita? Tidak.
Begitu juga sahabat kita itu. Daripada mengenang kesilapannya yang cuma satu
atau dua, apa kata kita hargai kebaikan dia yang lebih dari itu? Barulah terasa
kemanisannya. InsyaAllah.
Ya, memberi dan memohon maaf itu salah satu hak dalam bersaudara. Macam
mana nak rasa kemanisan iman kalau urusan semudah itu pun tak selesai? Excuse
me. Semudah itu ke?
Memang semudah itu kalau yang bertakhta di hati itu iman. Kalau ego yang
menguasai, memanglah payah. Sekali lagi, ketuklah pintu hati dan tanya padanya
siapa pemilik takhta tertingginya. Itu belum lagi sampai pada soalan yang lebih
mencabar. Di mana DIA di hati kita?
Bukankah memaafkan itu bermakna kita berlapang dada dengan apa yang
terjadi dalam sesebuah ukhuwah. Benarlah, berlapang dada itu yang paling asas
sebenarnya dalam tingkatan ukhuwah. Kalau yang asas pun rapuh, bagaimana binaan
ukhuwah tersebut mampu kukuh?
Ada ketika kita kena mengalah tapi mengalah bukan bererti kalah. Tapi
benar. Andai dia tidak mahu memaafkan, kitalah yang perlu mengambil langkah
pertama. Ungkapkan kata keramat itu pada dia walaupun hati kita yang terluka.
Leburkan ego kita sendiri sebelum meleburkan ego yang lain! InsyaAllah sedikit
sebanyak luka itu akan sembuh perlahan-lahan.
What you give, you get back. Itulah konsepnya. Moga-moga dengan sikap
kita yang berhati mulia itu bisa melembutkan hatinya untuk meminta maaf
kembali. Siapa tahu? Api tak mungkin dipadamkan dengan api bukan? Maka jadilah
air.
Dia masih berkeras hati? Penantian itu satu penyiksaan bukan? Maka
janganlah ditunggu. Kelak memakan diri kerana terlalu lama menunggu. Biarkan
dia. Lepaskan dan bebaskan perasaan resah yang membelenggu jiwa kita. Biarkan
ia terbang. Jangan ditunggu kepulangannya. Serahkan bulat-bulat pada DIA!
Maafkan diri kita. Dan maafkan dia kerana tidak melakukan apa yang kamu
hajatkan. Itulah maaf yang sebenar-benarnya. Manusia kan makhluk Allah yang
sangat kompleks? Kita bukan Tuhan yang mampu membolak-balikkan hati mereka.
Bahkan hati sendiri pun belum tentu!
Sibukkan diri dengan perkara lain. Jangan terlalu memberatkan fikiran
dengan sesuatu yang tidak pasti. Utamakan yang lebih utama. Allah kurniakan
pada manusia kemampuan dan pengetahuan yang sangat-sangat terbatas. Kamu tahu
kenapa? Hikmahnya apa? Renung-renungkan. Fikir-fikirkan.
Kalau kita benar-benar memaafkan, nescaya berbahagialah kamu. Kelak bila
ungkapan yang sama datang daripada dia, bahagia itu tiada taranya! Berkali-kali
ganda! Dan saat itu, katakan terima kasih padanya, kerana menjadikan kamu orang
yang paling bahagia pada waktu itu. Alhamdulillah.
Sabda baginda Nabi
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang ada sebarang
kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana
sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran,
(yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia
tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke
atasnya.
Ambil masa beberapa minit dan muhasabah. Bermula daripada ibu, ayah,
ahli keluarga, rakan-rakan, guru-guru, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, dan
sesiapa sahaja yang pernah hadir dalam hidup kita walau sekejap cuma. Yang di
depan mahupun di belakang tempat duduk semasa sekolah dahulu. Yang dekat
mahupun jauh terpisah beribu batu. Yang sama-sama berjuang dengan penat lelah
dan jerih payah mahupun yang pernah mencaci dan menghina perjuangan itu.
Mereka tetap manusia seperti kita. Jangan memilih. Ungkapkan kata
keramat itu pada mereka seikhlas hatimu. Walaupun pada mereka yang telah selalu
diucapkan. Apatah lagi pada mereka yang pernah kamu lukakan hatinya sehingga
menyebabkan ukhuwah itu retak. Juga pada mereka yang telah banyak mencurahkan
kebaikan padamu. Kerana ungkapan maaf dan terima kasih yang lahir dari hati itu
akan membahagiakan saudaramu.
p/s: post individu(UK 30139)