
Boleh semuanya bertanya pada diri sendiri ..
Adakah kita hidup pada hari ini atas semangat perih juang insan terdahulu?
Pernahkah kita mengkaji inci kedukaan mereka yang telah penat lelah menabur
segala jasa demi tanah pertiwi yang berharga ini.. Mungkin tidak ramai yang
mengerti terutamanya anak bangsa yang lahir di zaman milenium ini.. Hidup
ditaburi dengan segala kebendaan hingga hati menjadi hitam untuk menghargai
inci kepayahan serta kesulitan..Tanpa mengerti betapa bernilainya urat
perpaduan .
Jika mata
hitam ini dibuka tirainya
Apakan daya
ingin aku berkata
betapa luluh
hati ini seketika
Mengenang
segala bait duka
Yang sedang
ghairah bermaharajalela
Adakah kau
mengerti wahai anak bangsa?
Melayu kita
semakin hilang di dunia
Kehendak
duniamu semakin nyata
Tanpa kau
faham ertinya derita
Adakah aku
silap meneka?
Atau kau
mencetus bahana?
Tepuk lah
sekuatnya dada
Agar kolotmu
tiada tersisa
Bangkitlah
wahai anak bangsa
Fahamilah
sakitnya sensara
Bukan
sewenangnya dirimu menjaja
Nilai
Kemerdekaan yang mulia
Kerana
terselitnya lembaran derita
Demi melihat
kau nak bangsa
Tidak terus
terjaja
Dalam arus
kekejaman yang nyata
Fahamilah
wahai anak bangsa sekalian erti merdeka yang sebenar, agar kita menghargai
setiap penat derita mereka yang telah bergadai nyawa bagi memastikan generasi
kita tidak lagi hidup sensara..Tanyalah diri sendiri mahukah kita mengulangi
segala peristiwa 13 mei? pencerobohan lahad datu?rusuhan kaum?.. Fikirlah bahan
yang bakal menimpa..Sekarang ni semakin majunya kita,maka semakin dekatlah kita
dekat penjajahan melalui ideologi atau pemikiran kita..
~ Sekian ~
P/s : Post Berkumpulan
Rujukan : Blog Hajar (belog secebis bingkisan hati)