Sahabat Untuk Selamanya!

          Sahabat? Risaunya seperti ibu. Garangnya persis ayah. Suka mengacau tak ubah  macam abang atau kakak. Yang paling menakjubkan, manjanya mengalahkan si adik. Sahabat sejati, tak akan pernah berubah hati. Never!

          
 Jika kau perlu memilih, pilihlah yang mengingatimu kepada Allah agar bertambah keimananmu!


          Sahabat adalah seseorang paling susah untuk kau perolehi. Walaupun dimarah, dibenci juga dicaci, tak pernah sekali dia menjauh malah semakin mendekat. Kerana dia tahu, betapa kau memerlukan dia pada ketika kau susah. Dan kadang-kadang langsung tidak kisah jika kau membuang dia jauh dari hati. Bukan kerana dia bodoh tetapi kerana dia terlalu menghargai nilai sebuah persahabatan itu!


Akan tiba masanya, aku akan pergi jauh dari hidup kau. Selama-lamanya dan takkan pernah kembali!

          Tidak kau mengerti erti sebuah kesetiaan dalam persahabatan? Sehingga kau sanggup menabik dada megah mengkhianati nilai indahnya ukhwah kerana Allah. Atau langsung kau tidak sedari, betapa dia amat menghargai diri kau di sisi dia? Sahabat hanya ingin kau tersenyum saat hati kau menangis hiba. Apakah kau masih lagi buta untuk menilai sayangnya?

Ingatlah, mungkin tiada lagi masa untuk kau bila kau menyedari tingginya nilai persahabatan itu!


          Aku pernah ditanya, apa persahabatan itu bagi aku? Aku hanya mampu tersenyum dan menjawab. Di saat ramai yang melangkah pergi meninggalkan kau dalam kegelapan, hanya seorang yang menghampiri kau dan sanggup kegelapan bersama kau. Dan itu adalah SAHABAT! Apa kau masih lagi tuli untuk mendengar erti sebuah persahabatan yang sebenar?

Just one! Are you still blind to see it?


          Sahabat, kau terlalu sukar untuk aku dapatkan! Jadi, aku belajar daripada itu untuk menghargai kerana aku tahu nilai kepayahan mencari yang terbaik. Mungkin bagi kau, aku bukan sesiapa. Hanya seseorang yang mampu kau temui walau di mana sahaja. Bagi aku, kau tiada gantinya. Aku tidak mampu mencari sesiapa pun yang sama dengan kau. Cuma, aku mungkin akan dapat yang lebih baik dari kau. Dan kau? Haruskah aku tinggalkan untuk yang lebih baik?

Berterima kasihlah kepada sahabat yang banyak menyakitkan hatimu. Kerana dialah yang banyak menjadikan kamu seorang yang matang!


          Aku masih tidak bisu lagi untuk menyatakan aku sangat menghargai nilai persahabatan. Tapi kau? Sudah bisukah untuk meluahkan apa yang kau rasa? Atau nilai sayang kau terlalu agung untuk seorang sahabat seperti aku? Jadi, adakah aku ini benar yang namanya sahabat pada kau? Jangan keliru antara sahabat dan kawan. Sahabat, yang selalu merasai peritnya penderitaan yang kau alami tapi kawan, yang hanya mampu menghulurkan simpati ketika menatap warkah duka kau. Lalu, di mana letaknya aku di hati kau? Sekadar kawan atau sahabat? Jangan butakan hati kau untuk melihat apa yang sudah terbentang luas.

Lupakan yang membenci kau dan sayangi orang yang menyayangi kau. Baru kau akan temui manisnya bersahabat kerana Allah!


          Sahabat yang dirindui syurga! Lupakah kau pada satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang berbunyi 'Tidak akan sempurna iman seseorang hamba itu selagi dia tidak menyayangi saudara seislamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.' Tidakkah iman kau terkocak dengan hadis itu? Tepuk dada, tanya imanmu. Jangan sampai, sahabat yang menyayangi kau pergi menutup mata tanpa sempat kau mengucapkan kata maaf kerana telah menyakiti hatinya dan tanpa sempat pula mengucapkan terima kasih kerana selalu berada di sisi kau.

Aku ingin selalu menjadi yang terbaik di mata kau!


          Sahabat! Juga manusia biasa. Matinya entah bila. Hatinya juga sama rapuh seperti kau! Boleh kau beri jaminan, kata-kata kau langsung tidak menyinggung hatinya? Mungkin kau tidak mengerti atau kau sengaja menutup hati untuk mengerti siapa sahabat yang sebenarnya. Jangan sampai yang ada, jadi tiada. Baru kau nak membuka mata hati kau seluas-luasnya.

Sahabat, bukan yang selalu bersama, tetapi yang selalu ada dalam setiap bisikan doa.


          Sahabat yang sentiasa aku rindukan dalam setiap bisikan doa. Aku hanya ingin kau tahu, aku bukanlah malaikat. Aku tidak sebaik dan semulia anbia'. Aku juga banyak melakukan kekhilafan. Andainya, kata-kata mahupun perbuatan aku ada yang menyentuh sekeping hati nipis milik kau. Maafkan aku. Itu kekurangan aku dalam bersahabat. Jika aku salah, tegurlah aku bukannya mengherdik! Marilah kita bersahabat ikhlas kerana Allah. Biar terasa kehangatan bersaudara itu. 

*Video ini bertajuk #S.A.H.A.B.A.T# Aku tujukan khas buat yang namanya sahabat. Semoga mendapat manfaat dari video ini. Insha Allah~


                                   

*P/S : Post berkumpulan