
Pernahkah
kita terfikir, selama ni kasih sayang seorang ibu sahaja di agung-agungkan.
Kasih sayang ayah? Kadang-kadang je kita dengar. Alhamdulillah hari ini Allah
tunjukkan depan mata ini nilai kasih sayang seorang ayah. Sanggup bersengkang
mata, berpanas, berhujan, hanya semata- mata untuk menyara keluarga.
" Adik,
nak pergi mana? Dah ada orang yang tunggu ke? " Tanya seorang pakcik teksi
kepada aku.
" Hmmm,
nanti dulu pakcik " Jawab aku endah tak endah sambil mengeluarkan luggage dari perut bas.
" Adik
nak naik teksi, dik ? " Pak cik teksi tadi bertanyakan lagi soalan pada
aku, sedangkan pakcik teksi yang lain dah berputus asa dan beredar.
Jam ditangan
aku lihat. Dah pukul 4 pagi. Takkanlah nak tunggu sini sampai hari cerah.
Perhentian bas pon nampak sunyi sepi je. Aku dengan Ika pon bersetuju nak
pulang ke asrama terus .
" Boleh
hantar ke Umt? " Soal aku kepada pak cik teksi tadi.
"
Boleh2. Asrama ke rumah sewa, dik? "
"
Asrama , pakcik " Jawab aku ringkas .
Pakcik tadi
pon menuju ke arah teksi dia. Dia angkatkan beg kami berdua.
Aku naik
teksi dulu. Duduk kat depan. Then
pakcik tu pon masuk. " Allahu akhbar " Ayat pertama yang terpancul
dari bibir pakcik teksi tu.
Pengenalan
diri pemandu yang terlekat di dashboard kereta
di hadapanku dipandang sekilas. Sohaimi namanya. Dari raut wajah mungkin pakcik
ni berusia dalam 40 an. Fizikalnya nampak tegap lagi.
" Anak
ni dari mana? " Soal pakcik Sohaimi.
" Dari
Johor, pakcik " Ringkas jawab aku.
" Jauh
datang belajar, belajar baik2. Anak pakcik pon ada yang baru tamat SPM dan STPM.
Tu pun tunggu result keluar . Tak
tahu lagi mana nak pergi " Ramah
pakcik tadi mencipta perbualan dengan aku.
" Tulah
anak pakcik ni minat nak jadi cikgu. Dia nak sambung kat UPSI katanya. Tengok
keputusanlah nanti . Lagipon orang sekarang belajar kena ambil kos yang betul2.
Bukan main hentam je. Nanti nak cari kerja susah. Hutang Ptptn lagi. Banyak
benda kena fikir " Jawapan yang terpancul dari pakcik ni menjentik sejenak
pemikiran aku.
"
Sekarang ni, nak belajar ni banyak pakai duit. Anak pakcik yang tingkatan 4
sekarang masuk sekolah teknik. Baru daftar bulan 1 haritu. Minat sangat dia nak
masuk san. Pergi beli barang2 keperluan dia baju berkolar lah. Yang macam anak
beli sebelum masuk Umt tu. Habislah dalam rm 200 "
" Bila
masuk daftar kena lagi nak dekat rm300 beli bajunya, bukunya " Sambung pak
cik Sohaimi lagi .
" Ni
pagi kejap lagi pakcik nak kena hantar duit lagi. Cikgu dia suruh beli perkakasan
melukis pulak . Rm 120. Ni pakcik keluar pagi2 ni, tengahari nanti kena pergi
sekolah bayar "
Tiada
hiraunya cakap manusia. Tiada endahnya pandangan semesta. Tiada risaunya panas
hujan yang tiba. Hanya senyuman keluarga yang didamba nyata.
Ayah
Roman kau
seteguh gunung yang berpaksikan alam
Tegap kau
bukan calang lawannya sembarang
Bait kau
biar di hadam jangan dipendam
Mata kau
redupnya simpan seribu sayu yang dalam
Ayah
Sebaris
perkataan sebagai kekuatan
Cintamu
Agung tiada batasan
Romanmu
mungkin terlihat ketegasan
Tapi hatimu
penuh kelembutan
Tegas
suaramu bukan kemarahan
Itu tandanya
kasihmu kau salurkan
Bukan syurga
engkau pertaruhkan
Tapi nasihat
dan teladan jadi pedoman.
~ SEKIAN ~
P/s : Post Berkumpulan.
Rujukan : Blog Hajar ( http://belogsecebisbingkisanhati.blogspot.com/2014/02/pok-cik-teksi-menyentuh-qalbu.html)