Aku dan Kau Berpisah Tiada ~ kami K.E.M.B.A.R (post individu)


Orait, pada entri kali ini aku nak cerita sedikit mengenai pengalaman aku sebagai seorang insan yang mempunyai kembar. Harap terhibur dan dapat memberi manfaat. In Sha Allah. 


Nur Hajar dan Muhammad Aswad. Nama yang diberi kan oleh arwah ayah. Tanggal 15 jun dan 16 jun 1995 menjadi tarikh keramat buat aku ( Hajar ) dan kembarku ( Aswad ) dilahirkan kedunia ini. Alhamdulillah. Aikk. Pelik? Kenapa dua hari yang berbeza? Haaaaa, Meh sini aku ceritakan. 

Cerita kami berdua ni agak pelik sedikit. Sebenarnya ibu kami berhajat untuk melahirkan kami berdua di  sebuah Hospital di Johor. Akan tetapi pada tanggal 15 hari bulan 6 itu rasa sakit untuk melahirkan kami telah tiba tanpa diduga. Naiklah ambulans. Ne no ne no, tiba - tiba. Haaaa, bagi suspen sikit. Dalam perjalanan yang waktu ketika itu berada di Mersing, Aswad terkeluar dulu. Tak sabar sangat nak tengok dunia agaknya. 

Nak dijadikan cerita, hajat ibu kami ni nak sangat melahirkan kami berdua ni di hospital Johor sangatlah melambung tinggi. Hehe. Jadi Aswad pun ditinggalkan di Hospital Mersing buat sementara waktu dan perjalanan diteruskan ke Johor Bahru. Nasib baik aku tak keluar lagi, jadi ada chancelah ibu aku.

Tapi ..
Tak kesampaian juga, sebabnya aku pun tak sabar nak keluar tengok dunia ni. Terkeluar pula aku kat Kota Tinggi. Pasrah jelah. Haa, Aswad tu lahir 15 haribulan beberapa minit sebelum jam 12, dan aku lahir pada hari berikutnya 16 haribulan 6. Hari dan tarikh yang lainlah sebab dah lepas jam 12. Tempat pun berbeza. Aswad di Mersing dan aku di Kota Tinggi. 
 
Menarik tak cerita kami ? Hihi, teruskan pembacaan anda ya.


Okay, sambung cerita. Hari berganti hari, waktu ibarat air yang deras mengalir. Perhubungan antara kami semakin akrab dan gelak tawa menghiasi tiap sudut kekosongan hidup kami. Gaduh pun ada juga, tapi jarang. Entahlah, kalau nak marah tu macam tak sampai hati. 

Nak tahu tak? Sebenarnya kembar ni telipati tau. Telipati atau lebih dikenali sebagai instinct. Boleh juga dipanggil naluri. Haaa, nak cerita ni. Naluri kembar yang dimiliki oleh kami berdua.

Dulu, waktu raya 2010. Malam raya tu aku rasa tak sedap hati. Tak tahu kenapa. Rasa tu dibiarkan begitu sahaja. Tapi aku ada bagitahu juga kat Aswad. Mungkin dia anggap sebagai perasaan aku je. Keesokan harinya, waktu hari pertama raya tu, tup tup Aswad eksiden. Haaa, tulah rasa tak sedap hati sangat. Tapi Alhamdulillah syukur, nothing bad happen. Dia luka ringan je.

Haaaa, ada lagi. Kalau nak tahu. Kami berdua ni kalau salah seorang tak sihat. Yang seorang lagi mesti tak sihat juga. Ada satu masa tu, aku berada di Kajang dan Aswad berada di Johor. Dia demam dan kena gatal-gatal. Aku di Kajang tu pun kena sekali. Nasiblah.

Kami berdua juga selalu akan tercakap perkataan atau sesuatu yang sama. Mungkin kedua-dua berfikir perkara yang sama agaknya. Kuasa Allah menjadikan segala-galnya dengan kehendakNYA. Alhamdulillah atas segala nikmat. 

Haaaa, ni lagi satu nak cerita. Walaupun kami kembar, tapi kami mempunyai personaliti yang berbeza. Definately different. Tak tahulah kenapa. Sebagai contoh, Aku ni jenis talkative sikit. Aswad ni pula jenis yang agak pendiam. Dengan orang yang dia kenal je dia bercakap. Then, aku ni minat belajar, Tapi Aswad tak berapa minat belajar. Dia lebih minat perkara lain. Banyak lagi perbezaan personaliti kami berdua, tapi tidak menjadi masalah. Sebab kami KEMBAR !



#Kalau Hajar dan Aswad berjumpa, bercerita tak ingat dunialah jawabnya#

Puisi yang aku karang buat Aswad

Hadirmu menyuluh gelap anganku
Memberi sinar hala yang bakal aku tuju
Senyummu menyejukkan hangatnya mentari
Memadam api kebosanan yang bertamu
Engkau seakan bilah tabirnya kapal
Memberi laluan untuk aku memukul ombak kepalsuan
Hadirnya engkau dalam satu pertemuan
Lakaran Tuhan yang membawa seribu satu keindahan
Jika dapat aku coretkan betapa indahnya
Tiap inci kepaduan yang kita lewati bersama
Betapa berharganya sebuah bingkisan itu
Rasa syukur aku panjatkan kepada Tuhan
Mengurniakan engkau kepada aku  sebagai '" Teman "

Walaupun sekarang kami berdua berada di laluan yang berbeza, tapi perasaan kasih antara kami tidak terbatas oleh jarak waktu. In Sha Allah.

Doa aku sentiasa berada dalam hela nafas kau ( walaupun nafas kau bau kambing ). Hihi.
Mata aku sentiasa melihat gelagat kau ( walaupun hakikatnya, mata aku lebih sepet dari kau )
Ingatan aku sentiasa putarkan kenangan bersama kau ( walaupun fail dalam memori aku ni dah bersemak samun ). 

~ SEKIAN ~

Hargailah insan yang berada disekeliling anda, kerana mereka butiran permata berharga yang Allah SWT hadiahkan kepada hambanya yang tidak dapat ditebus inci hayatnya.


P/s : Post Individu

NUR HAJAR BINTI MAZLAN
UK30230