Aku dan Hijrah



Mendalam maknanya. *ihsan google*

Assalamualaikum sahabat yang dirindui syurga sekalian. Tika jari-jemari ini bersedia menaip bait-bait kata yang mungkin mempesonakan dan tak mampu terluah oleh mulut yang sering kali berdusta, aku seakan tertarik oleh masa silam yang membawa aku ke dunia tidak berorang. Aku juga sama seperti yang lain. Hanyalah seorang gadis zaman millenium yang masih bertatih dalam mengejar sebuah sinar kehiupan yang sebenar.

Keindahan kota millenium yang mengasyikan manusia *ihsan google*

Mungkin tidak salah, jika aku katakan aku adalah insan yang istimewa. Kerana telah dipilih untuk menerima sebuah nikmat perubahan yang nyata bernama HIJRAH. Aku juga masih lagi merangkak-rangkak dalam mengenal cinta-Nya. Namun, apabila aku telah tersedar, aku merasakan aku telah terlalu jauh dan lambat untuk mengejar keindahan warna pelangi bernama IMAN.

Letakkan Allah di tempat paling tinggi dalam hatimu. *ihsan google*

Tika ini, aku masih lagi mampu bersandar dan menarik nafas lega kerana masih punya waktu untuk mengenal dunia sebagai suatu tempat persinggahan sementara untuk aku mengutip segala kemanisan dalam menjadi seorang wanita yang terlindung dari pandangan mata manusia yang bertuhankan nafsu.

Bukan matamu, lihatlah kecantikan yang sebenar. *ihsan google*

Aku sangat tertarik dengan kata-kata seorang sahabat yang sangat indah peribadinya di mata aku. Katanya ‘ jika kau telah rasa untuk berubah, cepat-cepatlah berubah! Khuatir nanti nikmat perubahan itu akan ditarik kembali dan kau tidak mampu lagi untuk berubah untuk selama-lamanya.’ Kata-kata indah itu benar-benar telah menggetarkan sekeping hati wanita milik aku.


Keep calm and stay strong! *ihsan google*

Sahabat yang diredhai-Nya, hijrah ke arah kebaikan itu memang memerlukan pengorbanan yang besar. Dan sangat menghendaki teman setia bernama ISTIQAMAH. Aku telah berubah. Tetapi masih mencuba mencari istiqamah. Namun, janganlah mengharapkan aku menjadi seorang manusia yang sempurna. Kerana aku tidak bersifat maksum.

Kita pelajari sesuatu yang benar bila telah melakukan kesalahan. *ihsan google*

Tegurlah aku di saat aku mula terleka dengan nikmat dunia dan melupakan indahnya nikmat akhirat. Aku cuma tidak mahu menjadi fitnah kepada agama. Bantulah aku dalam mencari cinta yang paling agung. Kerana aku sangat memerlukan keagungan cinta Dia untuk selama-lamanya di sisi aku.


Percaya pada Dia! *ihsan google*

Harapan aku, semoga sahabat-sahabat sekalian menjumpai keindahan nilai HIJRAH yang sebenar berbanding aku dan menjadi lebih baik dari aku. Kerana aku masih lagi belajar mengenal ALLAH. Sahabat sejati adalah sahabat yang sentiasa dihati. Salam ukhwah.






*p/s : kerja individu. (uk30138)