Sahabat Untuk Selamanya!

          Sahabat? Risaunya seperti ibu. Garangnya persis ayah. Suka mengacau tak ubah  macam abang atau kakak. Yang paling menakjubkan, manjanya mengalahkan si adik. Sahabat sejati, tak akan pernah berubah hati. Never!

          
 Jika kau perlu memilih, pilihlah yang mengingatimu kepada Allah agar bertambah keimananmu!


          Sahabat adalah seseorang paling susah untuk kau perolehi. Walaupun dimarah, dibenci juga dicaci, tak pernah sekali dia menjauh malah semakin mendekat. Kerana dia tahu, betapa kau memerlukan dia pada ketika kau susah. Dan kadang-kadang langsung tidak kisah jika kau membuang dia jauh dari hati. Bukan kerana dia bodoh tetapi kerana dia terlalu menghargai nilai sebuah persahabatan itu!


Akan tiba masanya, aku akan pergi jauh dari hidup kau. Selama-lamanya dan takkan pernah kembali!

          Tidak kau mengerti erti sebuah kesetiaan dalam persahabatan? Sehingga kau sanggup menabik dada megah mengkhianati nilai indahnya ukhwah kerana Allah. Atau langsung kau tidak sedari, betapa dia amat menghargai diri kau di sisi dia? Sahabat hanya ingin kau tersenyum saat hati kau menangis hiba. Apakah kau masih lagi buta untuk menilai sayangnya?

Ingatlah, mungkin tiada lagi masa untuk kau bila kau menyedari tingginya nilai persahabatan itu!


          Aku pernah ditanya, apa persahabatan itu bagi aku? Aku hanya mampu tersenyum dan menjawab. Di saat ramai yang melangkah pergi meninggalkan kau dalam kegelapan, hanya seorang yang menghampiri kau dan sanggup kegelapan bersama kau. Dan itu adalah SAHABAT! Apa kau masih lagi tuli untuk mendengar erti sebuah persahabatan yang sebenar?

Just one! Are you still blind to see it?


          Sahabat, kau terlalu sukar untuk aku dapatkan! Jadi, aku belajar daripada itu untuk menghargai kerana aku tahu nilai kepayahan mencari yang terbaik. Mungkin bagi kau, aku bukan sesiapa. Hanya seseorang yang mampu kau temui walau di mana sahaja. Bagi aku, kau tiada gantinya. Aku tidak mampu mencari sesiapa pun yang sama dengan kau. Cuma, aku mungkin akan dapat yang lebih baik dari kau. Dan kau? Haruskah aku tinggalkan untuk yang lebih baik?

Berterima kasihlah kepada sahabat yang banyak menyakitkan hatimu. Kerana dialah yang banyak menjadikan kamu seorang yang matang!


          Aku masih tidak bisu lagi untuk menyatakan aku sangat menghargai nilai persahabatan. Tapi kau? Sudah bisukah untuk meluahkan apa yang kau rasa? Atau nilai sayang kau terlalu agung untuk seorang sahabat seperti aku? Jadi, adakah aku ini benar yang namanya sahabat pada kau? Jangan keliru antara sahabat dan kawan. Sahabat, yang selalu merasai peritnya penderitaan yang kau alami tapi kawan, yang hanya mampu menghulurkan simpati ketika menatap warkah duka kau. Lalu, di mana letaknya aku di hati kau? Sekadar kawan atau sahabat? Jangan butakan hati kau untuk melihat apa yang sudah terbentang luas.

Lupakan yang membenci kau dan sayangi orang yang menyayangi kau. Baru kau akan temui manisnya bersahabat kerana Allah!


          Sahabat yang dirindui syurga! Lupakah kau pada satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang berbunyi 'Tidak akan sempurna iman seseorang hamba itu selagi dia tidak menyayangi saudara seislamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.' Tidakkah iman kau terkocak dengan hadis itu? Tepuk dada, tanya imanmu. Jangan sampai, sahabat yang menyayangi kau pergi menutup mata tanpa sempat kau mengucapkan kata maaf kerana telah menyakiti hatinya dan tanpa sempat pula mengucapkan terima kasih kerana selalu berada di sisi kau.

Aku ingin selalu menjadi yang terbaik di mata kau!


          Sahabat! Juga manusia biasa. Matinya entah bila. Hatinya juga sama rapuh seperti kau! Boleh kau beri jaminan, kata-kata kau langsung tidak menyinggung hatinya? Mungkin kau tidak mengerti atau kau sengaja menutup hati untuk mengerti siapa sahabat yang sebenarnya. Jangan sampai yang ada, jadi tiada. Baru kau nak membuka mata hati kau seluas-luasnya.

Sahabat, bukan yang selalu bersama, tetapi yang selalu ada dalam setiap bisikan doa.


          Sahabat yang sentiasa aku rindukan dalam setiap bisikan doa. Aku hanya ingin kau tahu, aku bukanlah malaikat. Aku tidak sebaik dan semulia anbia'. Aku juga banyak melakukan kekhilafan. Andainya, kata-kata mahupun perbuatan aku ada yang menyentuh sekeping hati nipis milik kau. Maafkan aku. Itu kekurangan aku dalam bersahabat. Jika aku salah, tegurlah aku bukannya mengherdik! Marilah kita bersahabat ikhlas kerana Allah. Biar terasa kehangatan bersaudara itu. 

*Video ini bertajuk #S.A.H.A.B.A.T# Aku tujukan khas buat yang namanya sahabat. Semoga mendapat manfaat dari video ini. Insha Allah~


                                   

*P/S : Post berkumpulan

Erti Sebuah Kemaafan

 Hari ini aku rasa tertarik untuk mengupas dan merungkai mengenai istilah ‘maaf’. Sebuah tajuk yang ringkas, tapi penuh dengan maksud yang tersirat. Kan kan kan….

'Maaf' satu ayat berat untuk diluahkan kan.Aku pun macam tu jugak bila nak minta maaf bila buat salah tu kadang-kadang macam tak boleh. Tapi itu sebenarnya ego kita kan?bila nak hilang ego kita? Tepuk dada, tanya iman. Biarkan hati diketuk. Kebanyakkan kita ni memilih kawan  perlukah dimaafkan atau tidak. Kita sebenarnya berukhuwah tanpa mengenal rupa bukan? Janganlah kerana dia bukan sahabat karib kita, dia tiada hak dalam berukhuwah. Ada juga yang akrab bukan main, tapi oleh kerana satu kesilapan yang dia lakukan, kita menjauhkan diri.Pasti kita semua pernah rasa kan.


Kadang kala kita kena cermin diri,muhasabah. Sempurnakah kita? Tidak. Begitu juga sahabat kita itu. Daripada mengenang kesilapannya yang cuma satu atau dua, apa kata kita hargai kebaikan dia yang lebih dari itu? Barulah terasa kemanisannya. InsyaAllah.
Ya, memberi dan memohon maaf itu salah satu hak dalam bersaudara. Macam mana nak rasa kemanisan iman kalau urusan semudah itu pun tak selesai? Excuse me. Semudah itu ke?




Memang semudah itu kalau yang bertakhta di hati itu iman. Kalau ego yang menguasai, memanglah payah. Sekali lagi, ketuklah pintu hati dan tanya padanya siapa pemilik takhta tertingginya. Itu belum lagi sampai pada soalan yang lebih mencabar. Di mana DIA di hati kita?
Bukankah memaafkan itu bermakna kita berlapang dada dengan apa yang terjadi dalam sesebuah ukhuwah. Benarlah, berlapang dada itu yang paling asas sebenarnya dalam tingkatan ukhuwah. Kalau yang asas pun rapuh, bagaimana binaan ukhuwah tersebut mampu kukuh?
Ada ketika kita kena mengalah tapi mengalah bukan bererti kalah. Tapi benar. Andai dia tidak mahu memaafkan, kitalah yang perlu mengambil langkah pertama. Ungkapkan kata keramat itu pada dia walaupun hati kita yang terluka. Leburkan ego kita sendiri sebelum meleburkan ego yang lain! InsyaAllah sedikit sebanyak luka itu akan sembuh perlahan-lahan.



What you give, you get back. Itulah konsepnya. Moga-moga dengan sikap kita yang berhati mulia itu bisa melembutkan hatinya untuk meminta maaf kembali. Siapa tahu? Api tak mungkin dipadamkan dengan api bukan? Maka jadilah air.

Dia masih berkeras hati? Penantian itu satu penyiksaan bukan? Maka janganlah ditunggu. Kelak memakan diri kerana terlalu lama menunggu. Biarkan dia. Lepaskan dan bebaskan perasaan resah yang membelenggu jiwa kita. Biarkan ia terbang. Jangan ditunggu kepulangannya. Serahkan bulat-bulat pada DIA!

Maafkan diri kita. Dan maafkan dia kerana tidak melakukan apa yang kamu hajatkan. Itulah maaf yang sebenar-benarnya. Manusia kan makhluk Allah yang sangat kompleks? Kita bukan Tuhan yang mampu membolak-balikkan hati mereka. Bahkan hati sendiri pun belum tentu!


Sibukkan diri dengan perkara lain. Jangan terlalu memberatkan fikiran dengan sesuatu yang tidak pasti. Utamakan yang lebih utama. Allah kurniakan pada manusia kemampuan dan pengetahuan yang sangat-sangat terbatas. Kamu tahu kenapa? Hikmahnya apa? Renung-renungkan. Fikir-fikirkan.

Kalau kita benar-benar memaafkan, nescaya berbahagialah kamu. Kelak bila ungkapan yang sama datang daripada dia, bahagia itu tiada taranya! Berkali-kali ganda! Dan saat itu, katakan terima kasih padanya, kerana menjadikan kamu orang yang paling bahagia pada waktu itu. Alhamdulillah.

Sabda baginda Nabi
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.



Ambil masa beberapa minit dan muhasabah. Bermula daripada ibu, ayah, ahli keluarga, rakan-rakan, guru-guru, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, dan sesiapa sahaja yang pernah hadir dalam hidup kita walau sekejap cuma. Yang di depan mahupun di belakang tempat duduk semasa sekolah dahulu. Yang dekat mahupun jauh terpisah beribu batu. Yang sama-sama berjuang dengan penat lelah dan jerih payah mahupun yang pernah mencaci dan menghina perjuangan itu.

Mereka tetap manusia seperti kita. Jangan memilih. Ungkapkan kata keramat itu pada mereka seikhlas hatimu. Walaupun pada mereka yang telah selalu diucapkan. Apatah lagi pada mereka yang pernah kamu lukakan hatinya sehingga menyebabkan ukhuwah itu retak. Juga pada mereka yang telah banyak mencurahkan kebaikan padamu. Kerana ungkapan maaf dan terima kasih yang lahir dari hati itu akan membahagiakan saudaramu. 




p/s: post individu(UK 30139)

Psikologi Menjaga Solat



| Psikologi Menjaga Solat |

Ini tips menarik dari seorang sahabat , bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia sentiasa menjaga solat.

Al - kisah. Ceritanya bermula begini.

Ibarat Batang Mancis

Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.

Caranya seperti gambar dibawah :

1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.

2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.

3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada. 

4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.

5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.

Kesimpulannya :

Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini.




NOTES:POST BERKUMPULAN












Aku dan Hijrah



Mendalam maknanya. *ihsan google*

Assalamualaikum sahabat yang dirindui syurga sekalian. Tika jari-jemari ini bersedia menaip bait-bait kata yang mungkin mempesonakan dan tak mampu terluah oleh mulut yang sering kali berdusta, aku seakan tertarik oleh masa silam yang membawa aku ke dunia tidak berorang. Aku juga sama seperti yang lain. Hanyalah seorang gadis zaman millenium yang masih bertatih dalam mengejar sebuah sinar kehiupan yang sebenar.

Keindahan kota millenium yang mengasyikan manusia *ihsan google*

Mungkin tidak salah, jika aku katakan aku adalah insan yang istimewa. Kerana telah dipilih untuk menerima sebuah nikmat perubahan yang nyata bernama HIJRAH. Aku juga masih lagi merangkak-rangkak dalam mengenal cinta-Nya. Namun, apabila aku telah tersedar, aku merasakan aku telah terlalu jauh dan lambat untuk mengejar keindahan warna pelangi bernama IMAN.

Letakkan Allah di tempat paling tinggi dalam hatimu. *ihsan google*

Tika ini, aku masih lagi mampu bersandar dan menarik nafas lega kerana masih punya waktu untuk mengenal dunia sebagai suatu tempat persinggahan sementara untuk aku mengutip segala kemanisan dalam menjadi seorang wanita yang terlindung dari pandangan mata manusia yang bertuhankan nafsu.

Bukan matamu, lihatlah kecantikan yang sebenar. *ihsan google*

Aku sangat tertarik dengan kata-kata seorang sahabat yang sangat indah peribadinya di mata aku. Katanya ‘ jika kau telah rasa untuk berubah, cepat-cepatlah berubah! Khuatir nanti nikmat perubahan itu akan ditarik kembali dan kau tidak mampu lagi untuk berubah untuk selama-lamanya.’ Kata-kata indah itu benar-benar telah menggetarkan sekeping hati wanita milik aku.


Keep calm and stay strong! *ihsan google*

Sahabat yang diredhai-Nya, hijrah ke arah kebaikan itu memang memerlukan pengorbanan yang besar. Dan sangat menghendaki teman setia bernama ISTIQAMAH. Aku telah berubah. Tetapi masih mencuba mencari istiqamah. Namun, janganlah mengharapkan aku menjadi seorang manusia yang sempurna. Kerana aku tidak bersifat maksum.

Kita pelajari sesuatu yang benar bila telah melakukan kesalahan. *ihsan google*

Tegurlah aku di saat aku mula terleka dengan nikmat dunia dan melupakan indahnya nikmat akhirat. Aku cuma tidak mahu menjadi fitnah kepada agama. Bantulah aku dalam mencari cinta yang paling agung. Kerana aku sangat memerlukan keagungan cinta Dia untuk selama-lamanya di sisi aku.


Percaya pada Dia! *ihsan google*

Harapan aku, semoga sahabat-sahabat sekalian menjumpai keindahan nilai HIJRAH yang sebenar berbanding aku dan menjadi lebih baik dari aku. Kerana aku masih lagi belajar mengenal ALLAH. Sahabat sejati adalah sahabat yang sentiasa dihati. Salam ukhwah.






*p/s : kerja individu. (uk30138)

Tiga Golongan Umat Islam. Kita yang mana?


Alhamdulillah kami panjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kehadrat Illahi atas segala nikmat dan karuniaNYA. Adakah tercetusnya debar didada kita saat melihat betapa leka manusia dibuai kepalsuan dunia? Tanyalah pemikiran jiwa yang berlandaskan keimananmu wahai sahabat semua. Akal cetik mungkin buntu, gunalah mata hati ilmu menjawabnya.

Tiga golongan umat Islam yang dapat kita lihat pada hari ini, iaitu :

1) Umat islam yang hanya pada kad pengenalan.

~ Golongan ini adalah muslim yang tidak kelihatan seperti muslim. Yang mana mereka ini tidak mempraktikkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian mereka, bahkan mengamalkan budaya serta ajaran yang bertentangan dengan syariat Islam yang sebenar. Dosa pahala tidak diharaukan. Hanya keseronakkan duniawi yang didambakan tanpa menyedari pada suatu saat segalanya musnah dalam sekelip atas atas kuasa yang ESA.

2) Umat islam yang hanya ingin menjaga Islam dalam dirinya sahaja.

~ Golongan kedua ini adalah mereka yang merasa cukup untuk menjaga Islam di dalam dirinya sendiri tanpa melihat kehidupan insan lain yang sama-sama meniti liku kehidupan dalam mengecapi cinta serta kasih maha suci Allah yang satu.

3) Umat islam yang ingin menjaga Islam di dalam dirinya dan menyampaikannya kepada orang lain.

~ Golongan ketiga ini adalah orang islam yang mencintai Islam lebih dari mencintai dirinya dan sanggup memperjuangkan Islam demi mengembalikan syariat Islam ke empayar kegemilangan. Mengutamakan Allah dalam setiap hela nafasnya.

Dimanakah terletaknya kita? Tepuk dada, tanyalah Iman kita. Andai Iman kita pula hanya rapuh, maka musnahlah kehidupan kita bagainya rapuhnya sekeping biskut yang mudah pecah dan bertaburan ke lantai. Fahami diri dengan memuhasabah diri. In Sha Allah.

~ SEKIAN~

P/s : Post Berkumpulan.

Hari Se-Jubah Cheriterakami :D


Alhamdulillah dikurniakan kesihatan dan kemakmuran diri yang baik. Jadi pada kuliah baru - baru ini kami  'kesebelasan ' utama Cheritera Kami memakai jubah bersama - sama. Walau pun kelas hanya berjalan dalam masa 2 jam, tapi kami tetap excited nak memakai jubah. Hihik.


Anak - anak gadis DOF bergambar dihadapan PSNZ .


Kami ber'SELFIE '


Black - purple dan black - red. Si bunga Emilia dan Si bunga Fatin. 


Mak datin berbaju jubah coklat ( Ecah a.k.a Cha Chaz ) diapit oleh dua orang body-guard kembaq ( Si bunga Mas dan Si bunga Anis ) . 


Anak - anak gadis Ij-240. Kami roomates DOF. Si hijau Melati Aqmar, Si Lavender Fiqa, Si Tulip Mas dan Si Mawar Hajar. Gambar diambil depan T-Shoppe Kompleks Siswa. Hehe


1, 2, 3 ...... Sakan bergambar. 

# Koleksi-koleksi gambar kami bersebelas #

~ SEKIAN ~

P/s : Post Berkumpulan.




Aku dan Kau Berpisah Tiada ~ kami K.E.M.B.A.R (post individu)


Orait, pada entri kali ini aku nak cerita sedikit mengenai pengalaman aku sebagai seorang insan yang mempunyai kembar. Harap terhibur dan dapat memberi manfaat. In Sha Allah. 


Nur Hajar dan Muhammad Aswad. Nama yang diberi kan oleh arwah ayah. Tanggal 15 jun dan 16 jun 1995 menjadi tarikh keramat buat aku ( Hajar ) dan kembarku ( Aswad ) dilahirkan kedunia ini. Alhamdulillah. Aikk. Pelik? Kenapa dua hari yang berbeza? Haaaaa, Meh sini aku ceritakan. 

Cerita kami berdua ni agak pelik sedikit. Sebenarnya ibu kami berhajat untuk melahirkan kami berdua di  sebuah Hospital di Johor. Akan tetapi pada tanggal 15 hari bulan 6 itu rasa sakit untuk melahirkan kami telah tiba tanpa diduga. Naiklah ambulans. Ne no ne no, tiba - tiba. Haaaa, bagi suspen sikit. Dalam perjalanan yang waktu ketika itu berada di Mersing, Aswad terkeluar dulu. Tak sabar sangat nak tengok dunia agaknya. 

Nak dijadikan cerita, hajat ibu kami ni nak sangat melahirkan kami berdua ni di hospital Johor sangatlah melambung tinggi. Hehe. Jadi Aswad pun ditinggalkan di Hospital Mersing buat sementara waktu dan perjalanan diteruskan ke Johor Bahru. Nasib baik aku tak keluar lagi, jadi ada chancelah ibu aku.

Tapi ..
Tak kesampaian juga, sebabnya aku pun tak sabar nak keluar tengok dunia ni. Terkeluar pula aku kat Kota Tinggi. Pasrah jelah. Haa, Aswad tu lahir 15 haribulan beberapa minit sebelum jam 12, dan aku lahir pada hari berikutnya 16 haribulan 6. Hari dan tarikh yang lainlah sebab dah lepas jam 12. Tempat pun berbeza. Aswad di Mersing dan aku di Kota Tinggi. 
 
Menarik tak cerita kami ? Hihi, teruskan pembacaan anda ya.


Okay, sambung cerita. Hari berganti hari, waktu ibarat air yang deras mengalir. Perhubungan antara kami semakin akrab dan gelak tawa menghiasi tiap sudut kekosongan hidup kami. Gaduh pun ada juga, tapi jarang. Entahlah, kalau nak marah tu macam tak sampai hati. 

Nak tahu tak? Sebenarnya kembar ni telipati tau. Telipati atau lebih dikenali sebagai instinct. Boleh juga dipanggil naluri. Haaa, nak cerita ni. Naluri kembar yang dimiliki oleh kami berdua.

Dulu, waktu raya 2010. Malam raya tu aku rasa tak sedap hati. Tak tahu kenapa. Rasa tu dibiarkan begitu sahaja. Tapi aku ada bagitahu juga kat Aswad. Mungkin dia anggap sebagai perasaan aku je. Keesokan harinya, waktu hari pertama raya tu, tup tup Aswad eksiden. Haaa, tulah rasa tak sedap hati sangat. Tapi Alhamdulillah syukur, nothing bad happen. Dia luka ringan je.

Haaaa, ada lagi. Kalau nak tahu. Kami berdua ni kalau salah seorang tak sihat. Yang seorang lagi mesti tak sihat juga. Ada satu masa tu, aku berada di Kajang dan Aswad berada di Johor. Dia demam dan kena gatal-gatal. Aku di Kajang tu pun kena sekali. Nasiblah.

Kami berdua juga selalu akan tercakap perkataan atau sesuatu yang sama. Mungkin kedua-dua berfikir perkara yang sama agaknya. Kuasa Allah menjadikan segala-galnya dengan kehendakNYA. Alhamdulillah atas segala nikmat. 

Haaaa, ni lagi satu nak cerita. Walaupun kami kembar, tapi kami mempunyai personaliti yang berbeza. Definately different. Tak tahulah kenapa. Sebagai contoh, Aku ni jenis talkative sikit. Aswad ni pula jenis yang agak pendiam. Dengan orang yang dia kenal je dia bercakap. Then, aku ni minat belajar, Tapi Aswad tak berapa minat belajar. Dia lebih minat perkara lain. Banyak lagi perbezaan personaliti kami berdua, tapi tidak menjadi masalah. Sebab kami KEMBAR !



#Kalau Hajar dan Aswad berjumpa, bercerita tak ingat dunialah jawabnya#

Puisi yang aku karang buat Aswad

Hadirmu menyuluh gelap anganku
Memberi sinar hala yang bakal aku tuju
Senyummu menyejukkan hangatnya mentari
Memadam api kebosanan yang bertamu
Engkau seakan bilah tabirnya kapal
Memberi laluan untuk aku memukul ombak kepalsuan
Hadirnya engkau dalam satu pertemuan
Lakaran Tuhan yang membawa seribu satu keindahan
Jika dapat aku coretkan betapa indahnya
Tiap inci kepaduan yang kita lewati bersama
Betapa berharganya sebuah bingkisan itu
Rasa syukur aku panjatkan kepada Tuhan
Mengurniakan engkau kepada aku  sebagai '" Teman "

Walaupun sekarang kami berdua berada di laluan yang berbeza, tapi perasaan kasih antara kami tidak terbatas oleh jarak waktu. In Sha Allah.

Doa aku sentiasa berada dalam hela nafas kau ( walaupun nafas kau bau kambing ). Hihi.
Mata aku sentiasa melihat gelagat kau ( walaupun hakikatnya, mata aku lebih sepet dari kau )
Ingatan aku sentiasa putarkan kenangan bersama kau ( walaupun fail dalam memori aku ni dah bersemak samun ). 

~ SEKIAN ~

Hargailah insan yang berada disekeliling anda, kerana mereka butiran permata berharga yang Allah SWT hadiahkan kepada hambanya yang tidak dapat ditebus inci hayatnya.


P/s : Post Individu

NUR HAJAR BINTI MAZLAN
UK30230

Pemandu Teksi ~ Kasih Seorang Ayah.

 
 # Cerita ini berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh ahli blog kami, Hajar dan Atikah #


Pernahkah kita terfikir, selama ni kasih sayang seorang ibu sahaja di agung-agungkan. Kasih sayang ayah? Kadang-kadang je kita dengar. Alhamdulillah hari ini Allah tunjukkan depan mata ini nilai kasih sayang seorang ayah. Sanggup bersengkang mata, berpanas, berhujan, hanya semata- mata untuk menyara keluarga.

" Adik, nak pergi mana? Dah ada orang yang tunggu ke? " Tanya seorang pakcik teksi kepada aku.

" Hmmm, nanti dulu pakcik " Jawab aku endah tak endah sambil mengeluarkan luggage dari perut bas.

" Adik nak naik teksi, dik ? " Pak cik teksi tadi bertanyakan lagi soalan pada aku, sedangkan pakcik teksi yang lain dah berputus asa dan beredar.

Jam ditangan aku lihat. Dah pukul 4 pagi. Takkanlah nak tunggu sini sampai hari cerah. Perhentian bas pon nampak sunyi sepi je. Aku dengan Ika pon bersetuju nak pulang ke asrama terus .

" Boleh hantar ke Umt? " Soal aku kepada pak cik teksi tadi.

" Boleh2. Asrama ke rumah sewa, dik? "

" Asrama , pakcik " Jawab aku ringkas .

Pakcik tadi pon menuju ke arah teksi dia. Dia angkatkan beg kami berdua.

Aku naik teksi dulu. Duduk kat depan. Then pakcik tu pon masuk. " Allahu akhbar " Ayat pertama yang terpancul dari bibir pakcik teksi tu.

Pengenalan diri pemandu yang terlekat di dashboard kereta di hadapanku dipandang sekilas. Sohaimi namanya. Dari raut wajah mungkin pakcik ni berusia dalam 40 an. Fizikalnya nampak tegap lagi.

" Anak ni dari mana? " Soal pakcik Sohaimi.

" Dari Johor, pakcik " Ringkas jawab aku.

" Jauh datang belajar, belajar baik2. Anak pakcik pon ada yang baru tamat SPM dan STPM. Tu pun tunggu result keluar . Tak tahu lagi mana nak pergi  " Ramah pakcik tadi mencipta perbualan dengan aku.

 " Ohhh, yeke? Tunggu keputusan macam mana. Tengok apa yang dia minat. Masuk Umt tu pon bagus jugak. Dekat sikit " Jawab aku yang mati kutu sebenarnya. Tak tahu nak cakap apa.

" Tulah anak pakcik ni minat nak jadi cikgu. Dia nak sambung kat UPSI katanya. Tengok keputusanlah nanti . Lagipon orang sekarang belajar kena ambil kos yang betul2. Bukan main hentam je. Nanti nak cari kerja susah. Hutang Ptptn lagi. Banyak benda kena fikir " Jawapan yang terpancul dari pakcik ni menjentik sejenak pemikiran aku.

Memang betul apa yang dia cakap. Orang sekarang ni janji masuk universiti, kos apa dah tak kisah dah. Janji orang tahu kononnya diri tu masuk pusat pengajian tinggi. Dapat Ptptn lagi. Tapi pernah tak mereka terfikir halatuju masa depan mereka? Adakah kos yang diambil bersesuaian dengan lapangan kerja yang ditawarkan di Malaysia ni? Berapa puluh ribu pelajar yang dah  bergraduate tapi masih lagi menganggur sebab tak ada peluang kerja ? Merisaukan jugak.

" Sekarang ni, nak belajar ni banyak pakai duit. Anak pakcik yang tingkatan 4 sekarang masuk sekolah teknik. Baru daftar bulan 1 haritu. Minat sangat dia nak masuk san. Pergi beli barang2 keperluan dia baju berkolar lah. Yang macam anak beli sebelum masuk Umt tu. Habislah dalam rm 200 "

" Bila masuk daftar kena lagi nak dekat rm300 beli bajunya, bukunya " Sambung pak cik Sohaimi lagi .

" Ni pagi kejap lagi pakcik nak kena hantar duit lagi. Cikgu dia suruh beli perkakasan melukis pulak . Rm 120. Ni pakcik keluar pagi2 ni, tengahari nanti kena pergi sekolah bayar "

Tiada hiraunya cakap manusia. Tiada endahnya pandangan semesta. Tiada risaunya panas hujan yang tiba. Hanya senyuman keluarga yang didamba nyata.

Ayah
Roman kau seteguh gunung yang berpaksikan alam
Tegap kau bukan calang lawannya sembarang
Bait kau biar di hadam jangan dipendam
Mata kau redupnya simpan seribu sayu yang dalam

Ayah
Sebaris perkataan sebagai kekuatan
Cintamu Agung tiada batasan
Romanmu mungkin terlihat ketegasan
Tapi hatimu penuh kelembutan

Tegas suaramu bukan kemarahan
Itu tandanya kasihmu kau salurkan
Bukan syurga engkau pertaruhkan
Tapi nasihat dan teladan jadi pedoman.

~ SEKIAN ~

P/s : Post Berkumpulan.
Rujukan : Blog Hajar ( http://belogsecebisbingkisanhati.blogspot.com/2014/02/pok-cik-teksi-menyentuh-qalbu.html)

Motivasi Ohh Motivasi ..


Antara koleksi kata - kata motivasi buat diri :D Enjoy


# The beginning is always hardest # Remember. Nak berjaya bukan senang. Kena berusaha keras.


Melepaskan sesuatu yang kita sayang memang susah. Tapi itulah yang terbaik .


Hidup kita keputusan yang kita buat atas pilihan kita. Jadi buatlah pilihan yang terbaik.


 " Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih "


Sudah menjadi adat resam manusia terlalu banyak mengeluh mengenai kehidupan. Ada saja yang akan dipertikaikan. Tapi yang disyukuri? Pasti kurangkan. Lihatlah pada segala nikmat aturan Allah. Betapa indah jalan penceritaan hidup kita. 


Masa lampau mungkin menyimpan seribu kesedihan dan duka, itu bukan bererti masa hadapan turut sama terpalit kesannya. Belajarlah memaafkan dan melupakan. Pasti hati akan menjadi lebih tenang.


Jangan membuang masa dengan mengira banyaknya kisah silam yang berliku. Maju kehadapan. Ubah segala liku menjadi bahagia.


Kepayahan bukanlah untuk membunuh kehidupan kita, sebaliknya untuk menjadikan kita kuat. Carilah kekuatan diri kita.


Kejayaan bermula dengan langkah baru yang diatur. Aturlah sebaiknya perjalanan yang bakal kita susuri.



Semua cerita ada pengakhiran. Begitu juga sebuah kehidupan. Tetapi ingatlah setiap pengakhiran dalam meniti kehidupan merupakan sebuah permulaan dalam mencipta sebuah perhitungan masa depan.


Huhu. Gagal dalam kehidupan? Bukan bereti selamanya kita akan gagal.



Yessssss. This is so true. Dalam setiap kepayahan pasti akan terselit cahaya yang menyuluh kebahagiaan.


Sebuah kepercayaan terbina dengan mengambil masa yang lama, tapi boleh hilang dalam sekelip mata. Jagalah rasa percaya orang kepada diri kita. Jangan sampai ianya hilang.


Bersyukurlah dengan segala nikmatNYA. Cintai semua nikmat yang diberi.

Semoga kata-kata motivasi ini dapat memberi pengajaran yang berguna buat anda semua ..

~ Sekian ~

P/s : Post Berkumpulan.
Rujukan : Gambar ( Google )