Sihir ! Antara realiti dan fantasi .

Sihir ?? Bait perkataan ini pasti menimbulkan banyak persepsi dalam benak fikiran sesiapa sahaja yang menyebutnya . Pasti perkara yang terlintas di benak korang tongkat sihir, penyapu terbang, patung voodoo yang ditikam, jampi serapah , mantera dan pelbagai lagi. Tapi betul ke sihir ni wujud ? Atau ianya sekadar  tipu muslihat dunia fantasi ? Dan sekiranya sihir itu benar wujud , bagaimanakah asal usulnya dan apakah ia ada kaitan dengan dunia sains ? Jom kita rungkai satu persatu .. Jeng jeng jeng !!!

# contoh gambar ritual sihir #

Dalam sudut pandangan agama Islam , ada hal - hal luar biasa yang tidak dapat dijelaskan oleh akal dan terkeluar dari norma kebiasaan. Dalam buku Aqidah Islamiyah yang disusun oleh KH. Choer Affandi dijelaskan , kejadian - kejadian itu  ' dimungkinkan ' dengan izin Allah Swt . Kejadian tersebut dinamakan dengan Khowariqul Lil Adat iaitu kejadian yang di luar kebiasaan.


# Gambar hiasan #

A ) Sihir Dalam Tinjauan Sejarah

* Asal Usul Sihir
Kewujudan sihir dikesan ribuan tahun dahulu lagi. Perkara ini terkandung dalam kitab - kitab samawi iaitu Taurat, Injil dan Al Quran ketika Nabi Musa dan Nabi Harun berhadapan dengan ahli - ahli sihir Firaun. Menurut Al Quran , ahli - ahli sihir itu kemudiannya beriman kepada Allah apabila mereka melihat ' keajaiban ' yang dilakukan oleh Nabi Musa , dengan menukarkan tongkat menjadi ular !
B ) Keselarian Sihir dan Sains 
* Walaupun sihir adalah kejadian luar biasa, namun seiring dengan kemajuan sains dan teknologi, ada beberapa fenomena sihir yang dapat dijelaskan melalui perspektif sains. 
1) Alkimia ( Alchemy )

# Ilustrasi ahli sihir alkimia #

Pada peringkat awal perkembangan ilmu kimia yang merangkumi tempoh antara kurun 500 SM sehingga ke kurun 17. Sejak zaman dahulu, sihir dikenali dengan kemampuan serta kekuatannya merubah sesuatu perkara. Bahkan , masyarakat mempercayai bahawa ahli sihir mereka dapat menukarkan sesuatu benda menjadi emas.


# Buku mengenai sihir Alkimia #

Dengan asas ilmu kimia moden, seorang pakar bernama Glenn Seaborg pernah mencuba membuat emas daripda unsur bismut , iaitu unsur logam berbentuk pepejal, rapuh dan berhablur .

2) Palm Reading ( Membaca Garisan Tapak Tangan )


Ada beberapa ahli sihir, bomoh dan peramal yang dapat membaca maklumat orang lain dengan melihat tapak tangan orang tersebut. Beberapa maklumat yang disamapaikan oleh peramal ada kalanya menjadi kenyataan sehingga ramai yang mempercayai kesahihan kata- kata mereka.


 Ilmu pengetahuan terbaru menunjukkan , garisan tapak tangan orang sebenarnya dapat dibaca dan maklumat yang terdapat didalamnya dapat digunakan bagi mengetahui beberapa perkara. Contohnya sebarang jenis penyakit ataupun perilaku seksual ( Teori Nisbah Tangan )


# Simbol tangan para sihir yahudi #


3) Fortune Teller ( Meramal Masa Depan )


Ahi - ahli sihir ada kalanya mengisytiharkan diri mereka sebagai manusia yang dapat meramal masa depan manusia lain .


Alatan yang biasa mereka gunakan untuk meramal masa hadapan adalah bola kristal. Tilikan melalui bola kaca yang desertai dengan mantera.

C ) Fenomena ' Sihir ' Harry Potter 


Pada bulan Mac 2000, media dunia diwarnai dengan berita pengharaman novel Harry Potter oleh Carol Rookwood, Ketua Sekolah Gereja St. Mary's Island di Catham, England. Beliau tidak membenarkan murid- muridnya membawa dan membaca siri-siri buku tersebut. BBC melaporkan , alasan pengharaman itu adalah kerana karya tersebut dikatakan bertentangan dengan isi kitab Bible. Carol menambah , gambaran bahawa Harry Potter dan rakan-rakannya adalah ahli sihir yang hebat adalah bertentangan dengan Bible. Bible mengatakan ahli sihir, syaitan, iblis semuanya adalah golongan yang jahat.


Pengharaman novel tersebut oleh pihak gereja sebenarnya tidak berbeza dengan pandangan Islam berkenaan sihir. Seperti dalam tulisan sebelum ini, Islam dengan tegas melarang sihir , baik mempelajarinya mahupun mengamalkannya. Jadi tidak ada atau wujudnya istilah ' Sihir baik ' ( White Magic ) ataupun ' Sihir jahat ' ( Black Magic ) seperti yang ditulis oleh pengarangnya . Bahkan populariti sihir tersebut adalah perkara yang berbahaya kerana mempunyai unsur mengajar ilmu sihir dan beberapa ritual penyembahan syaitan ( occultism) secara terang - terangan .


Wallahualam . Segala perkara yang berlaku dimuka bumi ini adalah kerana kekuasaan Allah Swt . janganlah kerana mengejar kehidupan duniawi yang bakal hancur ini , kita sebagai manusia alpa dengan arus kekufuran yang dilaknat oleh Allah Swt. Sesungguhnya sesuatu perkara itu terjadi atas kehendakNya . Berpandulah pada Al Quran. 


Antara cara iblis menyesatkan manusia adalah melalui jalan sihir. Iblis yang dibantu pasukannya yang terdiri daripada golongan jin, berupaya mempengaruhi manusia melakukan syirik dan menjauhkan manusia dari landasan agama Allah. Nabi Muhammad S.a .w menegaskan perbuatan sihir adalah merosakkan aqidah dan kehidupan seperti mana yang terkandung dalam hadith yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim .

Manusia lahirnya tertulis nyata
Di Luh Mahfuz tercoret segala
Hidup di dunia hanya sementara
Jangan dicuba onar derita

Syaitan itu perosak jiwa
Iman dan taqwa ujian bahagia
jika tidak kuat iman didada
Tersungkurlah anak Adam dikaki penderhaka

Jangan disangka bahagia kekal selamanya
Jika jalan kotor yang kau pilih semata
Tidak takutkah azab neraka?
Panas memakan diri yang hina

Pintu taubat sentiasa terbuka
Buat Anak Adam memohon segala
Khilaf dan salah adat berdunia
Pohonlah ampun pada yang ESA

P/s : Post berkumpulan 
Rujukan : Buku 50 Misteri Menggemparkan Dunia dan google .

Semoga Terhibur !