Antara Cinta & Kesetiaan ♥♥♥

Selamat Bercuti kawan-kawan :D cuti-cuti jugakk..study jangan lupa tau!!  Okehh, bila baca tajuk atas mesti tertanya-tanya apa kaitan cinta dan kesetiaan dengan burung layang-layang?? Kisah yang sangat menyayat hati nie saya terjumpa kat satu blog nie lanun sepet ^^.. Gambar-gambar di bawah telah diambil oleh seorang photographer di Perancis. 


Ini adalah sebuah kisah tentang sekawan burung layang-
layangSeekor burung layang-layang yang tidak larat 
untuk terbang telah dilanggar oleh sebuah trak. 


Rakan burung layang-layang tersebut datang membantu 
dan menemaninya dengan penuh kasih sayang.


Sebuah kenderaan lagi telah melalui jalan tersebut dan 
membuatkan kedudukan tubuh kecil tersebut berubah. 


Si burung layang-layang menghampiri sahabatnya dan 
cuba menggerak-gerakkan rakannya itu dengan 
harapan ia bangun dan kembali
 terbang bersamanya.


Ia berusaha bersungguh-sungguh menggerakkan 
sahabatnya dengan mengepakkan sayapnya.


Ia masih tidak berputus asa dan terus mencuba dan 
mencuba agar dapat melihat sahabatnya terbang 
semula seperti selalu.


Menyedari sahabatnya sudah tidak bergerak dan telah
 meninggalkannya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah
 memanggil dan menangisi pemergian 
sahabatnya dengan hiba.


Dan akhirnya ia kembali terbang dan terpaksa menerima hakikat 
bahawa sahabatnya telah meninggalkannya selamanya.





 ✿ Sebagai manusia kita kadang kala lupa dan alpa tentang makna kesetiaan dan kasih sayang. Kasih sayang mampu memberikan semangat dan kekuatan luarbiasa untuk kita berjaya. 

 Selagi kita hidup, selagi itu kita akan belajar dan terus belajar untuk menyayangi orang-orang yang penting
disekeliling kita terutama keluarga dan sahabat kita yang sentiasa memberi sokongan kepada kita. Berkasih sayanglah dengan Yang Maha Esa kerana itulah KASIH SAYANG yang sebenar-benarnya...

p/s : Mas Nurul Syahirah Bt Shairi (UK30229) 
(Tugasan individu)