KERANA 10 SEN



     Hidup seperti roda kadang- kadang kita berada diatas dan sebaliknya. Pengalaman ini adalah yang paling bermakna dalam hidup Aqmar ia memberi impak sangat besar dalam diri ini , mungkin bagi orang ia hanya perkara kecil tapi bagi Aqmar sangat besar dan bermakna hingga akhir hayat . Cerita ini terjadi sewaktu masih di alam persekolahan menengah.

     Suasana di kantin sekolah amat bising dengan suara pelajar – pelajar yang berebut membeli makanan biasalah hari sedang hujan semua perut bunyi kereta api sebab lapar, seperti biasa Aqmar membawa bekal biskut ke sekolah begitulah rutin harianya makan biskut atau roti ketika waktu rehat . Aqmar seorang yang jimat tapi sebenarnya agak kedekut jugaklah , tapi sebenarnya dia memang tidak suka makan di kantin sejak dari sekolah rendah ,dia hanya suka makan di rumah sebab makan di rumah lebih jimat dan bersih .
      “Aqmar, pinjam 10 sen duit aku tak cukuplah nak beli makanan .”Kata Juliana, lalu Aqmar mengeluarkan dompetnya yang tebal dan keluarkan 10 sen kepada sahabatnya. “Juliana, terima kasih nanti aku ganti semula” . Juliana terus hilang dari pandangan Aqmar kerana pelajar sangat ramai .Dalam hati Juliana berkata dompet punyalah tebal tapi makan tiap – tiap hari biskut dengan roti je , nasib dapat kawan penjimat , hahahah.

     Pada keesokan harinya, Juliana memulangkan semula 10 sen yang dipinjamnya kepada Aqmar. weh, nah ambil semula 10 sen kau yang aku pinjam semalam”, kata Juliana,dia meletakkan 10 sen diatas meja Aqmar ,“tak payahlah 10 sen je kot small matter keep it, ambik jelah tak payah ganti ,”kata Aqmar .“ Betul ni tak payah ganti walaupun 10 sen duit tau ,”Juliana . “ye betul aku tak kisah ambik jelah , dengan malas Aqmar berkata.
    
     Seperti biasa setiap dua minggu sekali para pelajar akan balik kampung halaman.Semua wajah budak asrama keriangan, padahal baru duduk dua minggu di asrama cara nak balik macam duduk setahun kat asrama tak pernah balik,Aqmar senyum seorang diri sambil menggelengkan kepala nama pun budak – budak , hahah.

  Lupa nak bagitahu sebenarnya saya sekolah asrama di Melaka tapi rumah di Selangor,sekolah biasa je.Bagi saya hidup kena travel kalau nak cari banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan . Bagi saya Ia memberi satu kepuasan, kalau ada rezeki saya nak mengelilingi dunia mencari ilmu pengetahuan hingga menutup mata, itulah impian saya Malaysian Nomad, ehehhe.
    
   Melaka central , akhirnya sampai juga aku walaupun bas yang aku naik dari sekolah sampai sini macam nak roboh , heheh nasib badan . Aqmar membeli tiket ke Kuala lumpur, excited beli tiket awal padahal lagi dua minggu nak cuti pertengahan sekolah . Selalunya masa cuti panjang je balik KL cuti pendek duduk rumah nenek atau makcik dekat Melaka juga .Biasalah jimat takkan tiap kali balik asrama balik KL kopak kepala .
Sesudahnya, Aqmar membeli tiket dia terus pergi ke stesyen menunggu bas untuk balik kerumah neneknya. Awan kelihatan gelap menandakan hujan akan turun, Aqmar begegas mengeluarkan dompetnya tanpa disedari duitnya hanya tinggal 60 sen.

   “Eh , sejak bila duit aku tinggal sikit ni .” Baru dia teringat yang dia telah menggunakannya sewaktu membeli tiket bas tadi. Macam mana aku nak balik ni tambang bas 70 sen , dalam masa yang sama bas sudah pun ada ,hujan mula turun sedikit demi sedikit. “hujan pulak , macam mana aku nak jalan kaki balik kalau hujan .”fikir Aqmar kalau tiada duit dia ingin jalan kaki sebab rumah neneknya dekat tapi kalau jalan kaki 40 minit jugaklah .

      Aqmar mula membelek dompetnya tapi tidak jumpa, mulalah dia mencari didalam beg sekolahnya malangnya tidak jumpa juga , dia terfikir aku ada kad bank apa kata cucuk je, kemudian baru dia teringat, aku mana tahu nombor pin. Hujan turun semakin lebat sehingga menyesakkan dirinya, dia mula tidak keruan sambil memandang ke lantai mencari 10 sen manalah tahu kalau terjumpa. Aqmar memandang jam tangannya, jam sudah menunjukkan hampir 5.30 petang bas akan bertolak sekejap lagi, dengan rasa yakin Aqmar mula mencari 10 sen semula didalam dompetnya . Tiba – tiba dia ada terasa benda keras akhirnya benda keras itu adalah 10 sen, dia tersenyum keriangan sambil mengangkat beg baju dan beg sekolahnya menuju ke bas . Setibanya didalam bas .


   “Asal aku rasa pelik je ni .”Rupa-rupanya bas yang dinaiki adalah bas berhawadingin,kalau tidak silap harga tambang bas ini RM1.00, “tidak” Aqmar menjerit dalam hati mana aku nak cari duit ni .Dia mula mereka cipta ayat macam mana nak terlepas daripada membayar seringgit .Tangannya mula berpeluh sejuk dan mengigil ,dia melihat pak cik bas semakin dekat dengan dia .Saat itu dia hanya berdoa dalam hati pada Yang Maha Esa agar permudahkan masalahnya itu.Tanpa disedari pak cik bas sudah pun berada didepan matanya akalnya berligat –ligat memikirkan ayat yang perlu diperkatakan sekejap lagi .

      “Taman RB ” ,kata Aqmar. Dalam hati dia berkata matilah aku lepas ni sambil memberi syiling 70 sen kepada pak cik bas dengan yakinya .Tiba – tiba pak cik bas tersebut memulangkan semula syiling 20 sen alangkah terkejutnya dia .Dia mula berfikir kenapa pakcik bas memulangkan semula 20 sen , mungkin aku pakai baju batik asrama kot tapi sebelum ini tiada pun maknanya tambas bas hanya 50 sen. Buat penat aku je cari duit macam orang gila sambil nak reka ayat bagai supaya tak dihalau dari bas.Terus hilang perasaan takutnya tadi dan mengigil macam nak mati . Aqmar mengucapkan syukur kepadaNYA .Bas yang dinaikinya pun bergerak menuju ke destinasinya dengan hujan yang agak lebat .Aqmar merenung ke luar tingkap sambil tersenyum melihat hujan turun membasahi bumi ini dengan penuh rahmatNYA.

        Sekarang baru aku sedar betapa pentingnya 10 sen itu walaupun jumlahnya nampak agak kecil tapi sangat besar ertinya . Sejak hari itu aku mula insaf akan perkara tentang duit walaupun sekecil manapun jumlahnya aku tetap akan hargai. Terima kasih Tuhan kerana menyedarkan aku dari terlena dan lalai.Aku akan ingat hingga akhir hayatku….

                p/s : tugasan individu . NUR AQMAR IZZATIE BINTI SAMSULBAHRI
                                                   (UK 30228)