Cer teka cer teka

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum sahabat-sahabat yang sentiasa dalam barakahNya. Tatkala jari-jemari rapuh ini mula menari-nari di atas keyboard laptop, kami masing-masing dalam keadaan ketepuan di skala yang keenam. Jadi,tiba-tiba sahaja jari-jemari ini menaip bait-bait kata  supaya dapat dijadikan ilmu bersama. Ok, terasa keskemaan ayat di situ ye kawan-kawan. Namun, itulah hakikatnya.

Orait, berdasarkan gambar berikut rasa-rasanya apakah tajuk entrinya ye??HOHOHOHO

Ahaa ~ Seperti yang berada dalam fikiran anda semua, topik kami kali ini adalah mengenai kawin muda. Ok 
gatal! Then, sila rujuk gambar di bawah.

So, what you think right now? Tak ada mende yang salahkan? Kan? Kan?

Kenapa kami pilih tajuk ni? Kami terfikir seketika apabila melihat ke sekeliling terlalu ramai yang mengucapkan kata-kata cinta yang manis lagi syahdu. Alahai ayatku. Bukan main sadis lagi.

Gambar belas ihsan dari page chill of me~ Silakan like page tu. Banyak motivasi yang boleh dicedok.

Berdasarkan ayat itu, kami telah menyimpulkan segala kekusutan yang ada. Mengapa kita perlu melukai perasaan kita untuk seseorang yang tidak halal? Seronok ke kawin awal ? Dah bersedia ke nak pikul tanggungjawab yang besar mengalahkan dukung batu 50 kg? Tak takut ke nanti dah tak popular macam masa jadi retis dulu ? Hah, macam-macamlah soalan yang akan menerjah dan menyesakkan bilik pawagam 
minda sahabat-sahabat semua.

Bukan untuk dipromote. Tapi nak beli apa salahnya~

Ok tiba-tiba pi letak gambar tu kan?? Buat apa entah mereka-mereka ini. Sila baca tajuknya sahaja. Jadi wanita-wanita yang dijanjikan syurga sekalian, nak tahu macam mana caranya nak masuk syurga dengan mudah?? Alihkan pandangan anda ke bawah.

Islam sangat mudah.

I'm telling you the truth right now (okay kami dah start speaking. Ambik nak, mau jadi biru biji mata) Krikk krikk.. Seriously apa yang sahabat-sahabat nak takutkan bila kawin muda ni?

Rasulullah S.A.W  juga ada menjelaskan di dalam hadithnya yang bermaksudkan : " Sekiranya kamu mempunyai anak-anak perempuan yang sudah remaja, lalu datang seseorang yang meminangnya, jika kamu dapati laki-laki yang masuk meminang itu baik akhlaknya,  agamanya dan sebagainya, maka segeralah kamu menikahkannya ."

Ehemm ehemmm.. Ada lagi yang berbunyi,

وأنكحواالأيامىمنكموالصالحينمنعبادكموامائكمانيكونوافقراءيغنهماللهمنفضلهواللهواسععليم

Maksud firman Allah SWT : “ Dan kahwinlah orang-orang  bujang di antara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui ”.

Tu dioo.. Dah keluaq habis gambaq kawin muda…. Hik hik..

Haaa~ Tengok tuh betapa islam itu indah sehingga menggalakan pasangan muda mudi agar mengikat hubungan yang halal ikhlas kerana ALLAH. Lepaih ni jangan balik rumah terus mintak nak kawin. Habis nanti kami yang menjadi tempat serangan hendap.

Cinta yang halal bukan melemahkan, tapi sepatutnya menguatkan. Lalalala~

Sambung balik. When kawin awal ni, dapatlah menghindarkan diri daripada gejala maksiat yang berleluasa hendaknya. Sahabat-sahabat semua pun sedia maklum dalam usia remaja kita, darah manis dan menggelegak. Kami bukannya nak berceramah, tapi sekadar perkongsian buat semua termasuk kami.

Okay, yang kami ni sibuk dok bercakap pasal kawin muda ni, kami ni sudah bersediakah ??? Sejujurnya In Sha Allah kalau sudah ditetapkan jodoh awal, kami terima.. Tapi kami masih mencari titik kekhilafan agar kekurangan diri ini dapat diperbaiki.. Kami hanyalah wanita akhir zaman yang bercita-cita untuk mendidik jiwa mengikut ketentuanNya.

Hehehe. Andainya jodoh anda telah tiba, inilah saatnya.

Mendirikan sebuah masjid bukan untuk jangka masa yang singkat. Tapi untuk selamanya hingga ke jannah yang diredhai Allah SWT in sha Allah. MAKANYA, wahai gadis-gadis, wanita-wanita, awek- awek di luar sana persiapkanlah dirimu dengan kelengkapan seorang wanita kerana wanita itu perhiasan dunia. Jika molek tata rias serta ahklaknya maka In Sha Allah dalamannya juga baik. Buat jejaka-jeka kacak.. Jemput baca di bawah ye.

Nah, kata-kata semangat! Hadiah.

Buat wanita sekalian,
Wanita engkau perhiasan dunia
Jagalah akhlakmu jangan sampai di jaja
Simpanlah hatimu hanya untuk si Dia
Suami dengan erti kata sebenarnya.


Ikhlas dari kami khas untuk semua.


p/s : post berkumpulan