
Antara fenomena Batu Imbangan atau Balancing Rock semula jadi dan yang menarik yang ada di dunia adalah Balancing Rock yang berada di Nova Scotia, Kanada. Di Teluk St.Mary , ada sebuah formasi batu yang aneh , iaitu sebuah batu dengan ketinggian 30 meter berdiri selama ratusan tahun ! SubhanaAllah . Batu daripada jenis column basalt ataupun turus basalt itu membentuk tebing - tebing sepanjang Teluk St.Mary dan Fundy. Formasi batu ini terbentuk akibat dari proses pelelas air laut , pengikisan angin dan sinaran cahaya matahari selama ribuan tahun yang lampau !
3) The Eye Of The Sahara
Antara lokasi di Gurun Sahara , lebih tepat di Gurun Sahara Barat ( Mauritania, dekat Ouadane ) , terdapat imej melingkar menyerupai Mata yang berdiameter 50 kilometer (km).
# pandangan The Eye of The Sahara dari dalam peta #
Pada awalnya , formasi ini disangkakan sebagai kesan hasil hentaman meteor , namun hasil dari penyelidikan serta penelitian , struktur ini adalah hasil aktiviti geologi semula jadi iaitu Hidroterma dan letusan selama ribuan tahun yang lalu .
4) Salar De Uyuni
Terletak di pergunungan Andes , iaitu di barat daya Bolivia, terdapat permukaan tasik kering berkeluasan sekitar 10,000 meter. Kecetekan air laut ini tidak ada penghujungnya hingga ke lautan yang lain . Ini menyebabkan permukaannya mengering dan meninggalkan kerak garam yang banyak semasa musim panas. Menurut ahli geologi , tasik ini adalah tasik purba yang terbentuk 30,000 hingga 40,000 tahun yang dulu. Fenomena alam yang menarik di Salar de Uyuni ini adalah apabila tasik itu dilitupi air , menyebabkan permukaannya membentuk sebuah cermin datar terbesar di dunia ! sehingga menarik ramai pelancong bercuti kesana . MasyaAllah .
5) Chocolate Hills
Terletak di wilayah Bohol, Filipina . Ada formasi geologi unik yang dikenali sebagai Chocolate Hills ( Bukit Coklat ). Bukit ini terbentuk daripada batu Kars dengan ketinggian pelbagai bermula dari 30 hingga 120 meter. Umumnya, ia berbentuk kon yang terbentuk hasil penghancuran batu Kars oleh curahan hujan , air permukaan , air tanah , dan hakisan subudara ( subaerial erosion ). Permukaan bukit ini sebenarnya dilitupi oleh rumput. Namun ketika musim kemarau, rumput - rumput itu mengering , menjadikan bukit itu kelihatan seperti longgokan coklat . Disebabkan oleh itu , kawasan tersebut dinamakan Chocolate Hills. Jumlah bukit ini pada awalnya berjumlah 1,776 buah dan tersebar di Carmen, Batuan , Sagbayan, Bilar, Valencia dan Sierra Bullones di wilayah Bohol .
Betapa hebatnya kekuasaan Allah Swt. Pasti korang semua berasa sangat kagum dan teruja . And mesti ada diantara korang semua yang memasang angan- angan nak pergi bercuti di tempat- tempat yang mengagumkan di ataskan? In Sha Allah dengan izinnya , dapat kita pergi bercuti ke sana .
Kuasa Allah tiada tandingan
Fenomena alam banyak kejadian
Bukalah mata serta pemikiran
Agar sejarah jadi pedoman
Laut dan darat kurniaan Tuhan
Bersyukurlah manusia dengan warisan
Jangan di rosak keindahan roman
Kelak petaka di akhir Zaman
Dunia kini tanpa sempadan
Maju seiring minda bangsawan
Ilmu dan iman dibuang jangan
Itu pejuang di masa hadapan
P/s : Post berkumpulan
Rujukan : Buku 50 misteri menggemparkan dunia