Ada yang berkata persahabatan itu tinggi tarafnya.. kawan
itu ada dikala kita sedang bersuka ria.. rakan itu hadir ketika kita bersekolah
saja tapi, bagi saya sahabat itu terlalu bermakna. Oleh itu, saya menggunakan istilah seperti
'sahabat saya', 'kawan saya', 'rakan saya' dan 'kenalan saya' bagi menerangkan
perbezaan maksud antara istilah-istilah tersebut.
-Sahabat Saya-
Sahabat saya adalah seseorang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri saya, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik,tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip dengan hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat saya adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan, seorang yang setiakawan, boleh membantu saya apabila berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan saya, menghilangkan kebimbangan saya dan sanggup berjuang demi kebaikan saya. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban saya. Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama, tapi mereka akan sentiasa ada apabila saya memerlukannya.Sahabat kadangkala adalah penjaga saya, pelindung saya dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama saya.
-Kawan Saya-
Kawan saya ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan saya dan saya mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.
Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus pada bila-bila masa sahaja.
-Rakan Saya-
Rakan saya ialah perantaraan antara kawan dan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, saya ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya. Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya saya boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas saya, saya boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama dan sebagainya. Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.

-Kenalan Saya-
Kenalan saya mungkin boleh wujud sebagai rakan. Contohnya rakan chatting, rakan siber dan rakan blogger. Apabila saya mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan. Kenalan saya adalah orang yang pernah berinteraksi dengan saya tetapi saya tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya. Saya sentiasa berwaspada dengan kenalan-kenalan siber saya kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang saya pernah kenal di internet.
Kenalan saya boleh meluahkan perasaan mereka, masalah mereka kepada saya menerusi ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet, tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada saya menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah.
Alhamdulilah.. sejak di bangku sekolah, mahupun universiti,
saya mempunyai sahabat yang terlalu manis untuk dikenang.. terlalu indah untuk
di ingat.. korang ada dikala duka mahupun suka... kekadang sayu teringatkan korang
semua.. terlalu banyak nama mahu senaraikan sebagai sahabatku.. setiap dari korang
mempunyai keistimewaan dalam hidupku..
sayu untuk ku berpisah dengan korang...
sahabatku... korang terlalu bermakna dalam hidupku.. tanpa korang
hidupku ibarat kapal tanpa nahkoda.. tanpa kalian aku ibarat lelayang yang
terputus talinya...doaku buat mu sahabat.. semoga berjaya dengan impian dan cita-cita
korang...
p/s : Nurul Asmanina Afiqah Binti Mohd Azman (UK30226)
(Tugasan Individu)