ANTARA SAHABAT, KAWAN ,RAKAN, KENALAN


Ada yang berkata persahabatan itu tinggi tarafnya.. kawan itu ada dikala kita sedang bersuka ria.. rakan itu hadir ketika kita bersekolah saja tapi, bagi saya sahabat itu terlalu bermakna. Oleh itu, saya menggunakan istilah seperti 'sahabat saya', 'kawan saya', 'rakan saya' dan 'kenalan saya' bagi menerangkan perbezaan maksud antara istilah-istilah tersebut.

-Sahabat Saya-
Sahabat saya adalah seseorang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri saya, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik,tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip dengan hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat saya adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan, seorang yang setiakawan, boleh membantu saya apabila berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan saya, menghilangkan kebimbangan saya dan sanggup berjuang demi kebaikan saya. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban saya. Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama, tapi mereka akan sentiasa ada apabila saya memerlukannya.Sahabat kadangkala adalah penjaga saya, pelindung saya dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama saya.

-Kawan Saya-
Kawan saya ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan saya dan saya mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.
Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus pada bila-bila masa sahaja.

-Rakan Saya-
Rakan saya ialah perantaraan antara kawan dan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, saya ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya. Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya saya boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas saya, saya boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama dan sebagainya. Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.

-Kenalan Saya-
Kenalan saya mungkin boleh wujud sebagai rakan. Contohnya rakan chatting, rakan siber dan rakan blogger. Apabila saya mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan. Kenalan saya adalah orang yang pernah berinteraksi dengan saya tetapi saya tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya. Saya sentiasa berwaspada dengan kenalan-kenalan siber saya kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang saya pernah kenal di internet.
Kenalan saya boleh meluahkan perasaan mereka, masalah mereka kepada saya menerusi ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet, tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada saya menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah.

Alhamdulilah.. sejak di bangku sekolah, mahupun universiti, saya mempunyai sahabat yang terlalu manis untuk dikenang.. terlalu indah untuk di ingat.. korang ada dikala duka mahupun suka... kekadang sayu teringatkan korang semua.. terlalu banyak nama mahu senaraikan sebagai sahabatku.. setiap dari korang mempunyai keistimewaan dalam hidupku..
sayu untuk ku berpisah dengan korang... 




sahabatku... korang terlalu bermakna dalam hidupku.. tanpa korang hidupku ibarat kapal tanpa nahkoda.. tanpa kalian aku ibarat lelayang yang terputus talinya...doaku buat mu sahabat.. semoga berjaya dengan impian dan cita-cita korang...

p/s : Nurul Asmanina Afiqah Binti Mohd Azman (UK30226)
(Tugasan Individu)

Sihir ! Antara realiti dan fantasi .

Sihir ?? Bait perkataan ini pasti menimbulkan banyak persepsi dalam benak fikiran sesiapa sahaja yang menyebutnya . Pasti perkara yang terlintas di benak korang tongkat sihir, penyapu terbang, patung voodoo yang ditikam, jampi serapah , mantera dan pelbagai lagi. Tapi betul ke sihir ni wujud ? Atau ianya sekadar  tipu muslihat dunia fantasi ? Dan sekiranya sihir itu benar wujud , bagaimanakah asal usulnya dan apakah ia ada kaitan dengan dunia sains ? Jom kita rungkai satu persatu .. Jeng jeng jeng !!!

# contoh gambar ritual sihir #

Dalam sudut pandangan agama Islam , ada hal - hal luar biasa yang tidak dapat dijelaskan oleh akal dan terkeluar dari norma kebiasaan. Dalam buku Aqidah Islamiyah yang disusun oleh KH. Choer Affandi dijelaskan , kejadian - kejadian itu  ' dimungkinkan ' dengan izin Allah Swt . Kejadian tersebut dinamakan dengan Khowariqul Lil Adat iaitu kejadian yang di luar kebiasaan.


# Gambar hiasan #

A ) Sihir Dalam Tinjauan Sejarah

* Asal Usul Sihir
Kewujudan sihir dikesan ribuan tahun dahulu lagi. Perkara ini terkandung dalam kitab - kitab samawi iaitu Taurat, Injil dan Al Quran ketika Nabi Musa dan Nabi Harun berhadapan dengan ahli - ahli sihir Firaun. Menurut Al Quran , ahli - ahli sihir itu kemudiannya beriman kepada Allah apabila mereka melihat ' keajaiban ' yang dilakukan oleh Nabi Musa , dengan menukarkan tongkat menjadi ular !
B ) Keselarian Sihir dan Sains 
* Walaupun sihir adalah kejadian luar biasa, namun seiring dengan kemajuan sains dan teknologi, ada beberapa fenomena sihir yang dapat dijelaskan melalui perspektif sains. 
1) Alkimia ( Alchemy )

# Ilustrasi ahli sihir alkimia #

Pada peringkat awal perkembangan ilmu kimia yang merangkumi tempoh antara kurun 500 SM sehingga ke kurun 17. Sejak zaman dahulu, sihir dikenali dengan kemampuan serta kekuatannya merubah sesuatu perkara. Bahkan , masyarakat mempercayai bahawa ahli sihir mereka dapat menukarkan sesuatu benda menjadi emas.


# Buku mengenai sihir Alkimia #

Dengan asas ilmu kimia moden, seorang pakar bernama Glenn Seaborg pernah mencuba membuat emas daripda unsur bismut , iaitu unsur logam berbentuk pepejal, rapuh dan berhablur .

2) Palm Reading ( Membaca Garisan Tapak Tangan )


Ada beberapa ahli sihir, bomoh dan peramal yang dapat membaca maklumat orang lain dengan melihat tapak tangan orang tersebut. Beberapa maklumat yang disamapaikan oleh peramal ada kalanya menjadi kenyataan sehingga ramai yang mempercayai kesahihan kata- kata mereka.


 Ilmu pengetahuan terbaru menunjukkan , garisan tapak tangan orang sebenarnya dapat dibaca dan maklumat yang terdapat didalamnya dapat digunakan bagi mengetahui beberapa perkara. Contohnya sebarang jenis penyakit ataupun perilaku seksual ( Teori Nisbah Tangan )


# Simbol tangan para sihir yahudi #


3) Fortune Teller ( Meramal Masa Depan )


Ahi - ahli sihir ada kalanya mengisytiharkan diri mereka sebagai manusia yang dapat meramal masa depan manusia lain .


Alatan yang biasa mereka gunakan untuk meramal masa hadapan adalah bola kristal. Tilikan melalui bola kaca yang desertai dengan mantera.

C ) Fenomena ' Sihir ' Harry Potter 


Pada bulan Mac 2000, media dunia diwarnai dengan berita pengharaman novel Harry Potter oleh Carol Rookwood, Ketua Sekolah Gereja St. Mary's Island di Catham, England. Beliau tidak membenarkan murid- muridnya membawa dan membaca siri-siri buku tersebut. BBC melaporkan , alasan pengharaman itu adalah kerana karya tersebut dikatakan bertentangan dengan isi kitab Bible. Carol menambah , gambaran bahawa Harry Potter dan rakan-rakannya adalah ahli sihir yang hebat adalah bertentangan dengan Bible. Bible mengatakan ahli sihir, syaitan, iblis semuanya adalah golongan yang jahat.


Pengharaman novel tersebut oleh pihak gereja sebenarnya tidak berbeza dengan pandangan Islam berkenaan sihir. Seperti dalam tulisan sebelum ini, Islam dengan tegas melarang sihir , baik mempelajarinya mahupun mengamalkannya. Jadi tidak ada atau wujudnya istilah ' Sihir baik ' ( White Magic ) ataupun ' Sihir jahat ' ( Black Magic ) seperti yang ditulis oleh pengarangnya . Bahkan populariti sihir tersebut adalah perkara yang berbahaya kerana mempunyai unsur mengajar ilmu sihir dan beberapa ritual penyembahan syaitan ( occultism) secara terang - terangan .


Wallahualam . Segala perkara yang berlaku dimuka bumi ini adalah kerana kekuasaan Allah Swt . janganlah kerana mengejar kehidupan duniawi yang bakal hancur ini , kita sebagai manusia alpa dengan arus kekufuran yang dilaknat oleh Allah Swt. Sesungguhnya sesuatu perkara itu terjadi atas kehendakNya . Berpandulah pada Al Quran. 


Antara cara iblis menyesatkan manusia adalah melalui jalan sihir. Iblis yang dibantu pasukannya yang terdiri daripada golongan jin, berupaya mempengaruhi manusia melakukan syirik dan menjauhkan manusia dari landasan agama Allah. Nabi Muhammad S.a .w menegaskan perbuatan sihir adalah merosakkan aqidah dan kehidupan seperti mana yang terkandung dalam hadith yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim .

Manusia lahirnya tertulis nyata
Di Luh Mahfuz tercoret segala
Hidup di dunia hanya sementara
Jangan dicuba onar derita

Syaitan itu perosak jiwa
Iman dan taqwa ujian bahagia
jika tidak kuat iman didada
Tersungkurlah anak Adam dikaki penderhaka

Jangan disangka bahagia kekal selamanya
Jika jalan kotor yang kau pilih semata
Tidak takutkah azab neraka?
Panas memakan diri yang hina

Pintu taubat sentiasa terbuka
Buat Anak Adam memohon segala
Khilaf dan salah adat berdunia
Pohonlah ampun pada yang ESA

P/s : Post berkumpulan 
Rujukan : Buku 50 Misteri Menggemparkan Dunia dan google .

Semoga Terhibur !






KERANA 10 SEN



     Hidup seperti roda kadang- kadang kita berada diatas dan sebaliknya. Pengalaman ini adalah yang paling bermakna dalam hidup Aqmar ia memberi impak sangat besar dalam diri ini , mungkin bagi orang ia hanya perkara kecil tapi bagi Aqmar sangat besar dan bermakna hingga akhir hayat . Cerita ini terjadi sewaktu masih di alam persekolahan menengah.

     Suasana di kantin sekolah amat bising dengan suara pelajar – pelajar yang berebut membeli makanan biasalah hari sedang hujan semua perut bunyi kereta api sebab lapar, seperti biasa Aqmar membawa bekal biskut ke sekolah begitulah rutin harianya makan biskut atau roti ketika waktu rehat . Aqmar seorang yang jimat tapi sebenarnya agak kedekut jugaklah , tapi sebenarnya dia memang tidak suka makan di kantin sejak dari sekolah rendah ,dia hanya suka makan di rumah sebab makan di rumah lebih jimat dan bersih .
      “Aqmar, pinjam 10 sen duit aku tak cukuplah nak beli makanan .”Kata Juliana, lalu Aqmar mengeluarkan dompetnya yang tebal dan keluarkan 10 sen kepada sahabatnya. “Juliana, terima kasih nanti aku ganti semula” . Juliana terus hilang dari pandangan Aqmar kerana pelajar sangat ramai .Dalam hati Juliana berkata dompet punyalah tebal tapi makan tiap – tiap hari biskut dengan roti je , nasib dapat kawan penjimat , hahahah.

     Pada keesokan harinya, Juliana memulangkan semula 10 sen yang dipinjamnya kepada Aqmar. weh, nah ambil semula 10 sen kau yang aku pinjam semalam”, kata Juliana,dia meletakkan 10 sen diatas meja Aqmar ,“tak payahlah 10 sen je kot small matter keep it, ambik jelah tak payah ganti ,”kata Aqmar .“ Betul ni tak payah ganti walaupun 10 sen duit tau ,”Juliana . “ye betul aku tak kisah ambik jelah , dengan malas Aqmar berkata.
    
     Seperti biasa setiap dua minggu sekali para pelajar akan balik kampung halaman.Semua wajah budak asrama keriangan, padahal baru duduk dua minggu di asrama cara nak balik macam duduk setahun kat asrama tak pernah balik,Aqmar senyum seorang diri sambil menggelengkan kepala nama pun budak – budak , hahah.

  Lupa nak bagitahu sebenarnya saya sekolah asrama di Melaka tapi rumah di Selangor,sekolah biasa je.Bagi saya hidup kena travel kalau nak cari banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan . Bagi saya Ia memberi satu kepuasan, kalau ada rezeki saya nak mengelilingi dunia mencari ilmu pengetahuan hingga menutup mata, itulah impian saya Malaysian Nomad, ehehhe.
    
   Melaka central , akhirnya sampai juga aku walaupun bas yang aku naik dari sekolah sampai sini macam nak roboh , heheh nasib badan . Aqmar membeli tiket ke Kuala lumpur, excited beli tiket awal padahal lagi dua minggu nak cuti pertengahan sekolah . Selalunya masa cuti panjang je balik KL cuti pendek duduk rumah nenek atau makcik dekat Melaka juga .Biasalah jimat takkan tiap kali balik asrama balik KL kopak kepala .
Sesudahnya, Aqmar membeli tiket dia terus pergi ke stesyen menunggu bas untuk balik kerumah neneknya. Awan kelihatan gelap menandakan hujan akan turun, Aqmar begegas mengeluarkan dompetnya tanpa disedari duitnya hanya tinggal 60 sen.

   “Eh , sejak bila duit aku tinggal sikit ni .” Baru dia teringat yang dia telah menggunakannya sewaktu membeli tiket bas tadi. Macam mana aku nak balik ni tambang bas 70 sen , dalam masa yang sama bas sudah pun ada ,hujan mula turun sedikit demi sedikit. “hujan pulak , macam mana aku nak jalan kaki balik kalau hujan .”fikir Aqmar kalau tiada duit dia ingin jalan kaki sebab rumah neneknya dekat tapi kalau jalan kaki 40 minit jugaklah .

      Aqmar mula membelek dompetnya tapi tidak jumpa, mulalah dia mencari didalam beg sekolahnya malangnya tidak jumpa juga , dia terfikir aku ada kad bank apa kata cucuk je, kemudian baru dia teringat, aku mana tahu nombor pin. Hujan turun semakin lebat sehingga menyesakkan dirinya, dia mula tidak keruan sambil memandang ke lantai mencari 10 sen manalah tahu kalau terjumpa. Aqmar memandang jam tangannya, jam sudah menunjukkan hampir 5.30 petang bas akan bertolak sekejap lagi, dengan rasa yakin Aqmar mula mencari 10 sen semula didalam dompetnya . Tiba – tiba dia ada terasa benda keras akhirnya benda keras itu adalah 10 sen, dia tersenyum keriangan sambil mengangkat beg baju dan beg sekolahnya menuju ke bas . Setibanya didalam bas .


   “Asal aku rasa pelik je ni .”Rupa-rupanya bas yang dinaiki adalah bas berhawadingin,kalau tidak silap harga tambang bas ini RM1.00, “tidak” Aqmar menjerit dalam hati mana aku nak cari duit ni .Dia mula mereka cipta ayat macam mana nak terlepas daripada membayar seringgit .Tangannya mula berpeluh sejuk dan mengigil ,dia melihat pak cik bas semakin dekat dengan dia .Saat itu dia hanya berdoa dalam hati pada Yang Maha Esa agar permudahkan masalahnya itu.Tanpa disedari pak cik bas sudah pun berada didepan matanya akalnya berligat –ligat memikirkan ayat yang perlu diperkatakan sekejap lagi .

      “Taman RB ” ,kata Aqmar. Dalam hati dia berkata matilah aku lepas ni sambil memberi syiling 70 sen kepada pak cik bas dengan yakinya .Tiba – tiba pak cik bas tersebut memulangkan semula syiling 20 sen alangkah terkejutnya dia .Dia mula berfikir kenapa pakcik bas memulangkan semula 20 sen , mungkin aku pakai baju batik asrama kot tapi sebelum ini tiada pun maknanya tambas bas hanya 50 sen. Buat penat aku je cari duit macam orang gila sambil nak reka ayat bagai supaya tak dihalau dari bas.Terus hilang perasaan takutnya tadi dan mengigil macam nak mati . Aqmar mengucapkan syukur kepadaNYA .Bas yang dinaikinya pun bergerak menuju ke destinasinya dengan hujan yang agak lebat .Aqmar merenung ke luar tingkap sambil tersenyum melihat hujan turun membasahi bumi ini dengan penuh rahmatNYA.

        Sekarang baru aku sedar betapa pentingnya 10 sen itu walaupun jumlahnya nampak agak kecil tapi sangat besar ertinya . Sejak hari itu aku mula insaf akan perkara tentang duit walaupun sekecil manapun jumlahnya aku tetap akan hargai. Terima kasih Tuhan kerana menyedarkan aku dari terlena dan lalai.Aku akan ingat hingga akhir hayatku….

                p/s : tugasan individu . NUR AQMAR IZZATIE BINTI SAMSULBAHRI
                                                   (UK 30228)

Antara Artifak Alam Yang Mengagumkan Dunia !!!

Alhamdulillah di atas segala kurniaan Allah Swt kepada kita . Orait bagi entri mingguan berkumpulan kali ini kami akan mengetengahkan suatu isu yang amat mengagumkan dunia . " Artifak Alam Yang Mengagumkan Dunia " . Bersesuaian dengan tajuk yang kami coretkan . Bila bercakap mengenai kekuasaan Allah , SubhanaAllah ... Begitu kehebatannya tiada tandingan , begitu mengujakan mata tiap anak cucu Adam yang melihatnya . Tak nak cakap panjang , just straight to the point . Lets open our eyes and our mind :D

1) The Great Blue Hole
The Great Blue Hole adalah Sinkhole ( Lubang Benam ) yang berada di lautan luar pantai Belize. Lubang Benam ini memiliki diameter seluas 300 meter dengan kedalaman 124 meter ! Ia terbentuk sekitar 60 - 150 ribu tahun yang lampau, akibat dari perubahan geohidrologi. Hal ini menyebabkan susunan batuan bawah tanah retak sehingga terwujudnya rongga. ( Zaman quaternary glaciation ). Daripada hasil penelitian ahli2 geologi , Gua dalam Lubang Benam ini mempunyai formasi batu kapur yang membentuk Kars. Kars adalah kawasan batu kapur dan dolomit yang mempunyai topografi khusus dan bergantung pada larutan bawah tanah dan pesongan air permukaan ke jalan bwah tanah. Pada awalnya lubang ini tidak digenangi air , namun seiring dengan pencairan glasier benua dan bertambahnya kepadatan kandungan air laut , maka akhirnya lubang benam ini ditutupi oleh genangan air laut Belize . 

2) Balancing Rock , Digby

Antara fenomena Batu Imbangan atau Balancing Rock semula jadi dan yang menarik yang ada di dunia adalah Balancing Rock yang berada di Nova Scotia, Kanada. Di Teluk St.Mary , ada sebuah formasi batu yang aneh , iaitu sebuah batu dengan ketinggian 30 meter berdiri selama ratusan tahun ! SubhanaAllah . Batu daripada jenis column basalt ataupun turus basalt itu membentuk tebing - tebing sepanjang Teluk St.Mary dan Fundy. Formasi batu ini terbentuk akibat dari proses pelelas air laut , pengikisan angin dan sinaran cahaya matahari selama ribuan tahun yang lampau !


3) The Eye Of The Sahara


Antara lokasi di Gurun Sahara , lebih tepat di Gurun Sahara Barat ( Mauritania, dekat Ouadane ) , terdapat imej melingkar menyerupai Mata yang berdiameter 50 kilometer (km). 


# pandangan The Eye of The Sahara dari dalam peta #

Pada awalnya , formasi ini disangkakan sebagai kesan hasil hentaman meteor , namun hasil dari penyelidikan serta penelitian , struktur ini adalah hasil aktiviti geologi semula jadi iaitu Hidroterma dan letusan selama ribuan tahun yang lalu .


4) Salar De Uyuni


Terletak di pergunungan Andes , iaitu di barat daya Bolivia, terdapat  permukaan tasik kering berkeluasan sekitar 10,000 meter. Kecetekan air laut ini tidak ada penghujungnya hingga ke lautan yang lain . Ini menyebabkan permukaannya mengering dan meninggalkan kerak garam yang banyak semasa musim panas. Menurut ahli geologi , tasik ini adalah tasik purba yang terbentuk 30,000 hingga 40,000 tahun yang dulu. Fenomena alam yang menarik di Salar de Uyuni ini adalah apabila tasik itu dilitupi air , menyebabkan permukaannya membentuk sebuah cermin datar terbesar di dunia ! sehingga menarik ramai pelancong bercuti kesana . MasyaAllah .


5) Chocolate Hills 


Terletak di wilayah Bohol, Filipina . Ada formasi geologi unik yang dikenali sebagai Chocolate Hills ( Bukit Coklat ). Bukit ini terbentuk daripada batu Kars dengan ketinggian pelbagai bermula dari 30 hingga 120 meter. Umumnya, ia berbentuk kon yang terbentuk hasil penghancuran batu Kars oleh curahan hujan , air permukaan , air tanah , dan hakisan subudara ( subaerial erosion ). Permukaan bukit ini sebenarnya dilitupi oleh rumput. Namun ketika musim kemarau, rumput - rumput itu mengering , menjadikan bukit itu kelihatan seperti longgokan coklat . Disebabkan oleh itu , kawasan tersebut dinamakan Chocolate Hills. Jumlah bukit ini pada awalnya berjumlah 1,776 buah dan tersebar di Carmen, Batuan , Sagbayan, Bilar, Valencia dan Sierra Bullones di wilayah Bohol .

Betapa hebatnya kekuasaan Allah Swt. Pasti korang semua berasa sangat kagum dan teruja . And mesti ada diantara korang semua yang memasang angan- angan nak pergi bercuti di tempat- tempat yang mengagumkan di ataskan? In Sha Allah dengan izinnya , dapat kita pergi bercuti ke sana . 

Kuasa Allah tiada tandingan
Fenomena alam banyak kejadian
Bukalah mata serta pemikiran
Agar sejarah jadi pedoman

Laut dan darat kurniaan Tuhan
Bersyukurlah manusia dengan warisan
Jangan di rosak keindahan roman
Kelak petaka di akhir Zaman

Dunia kini tanpa sempadan
Maju seiring minda bangsawan
Ilmu dan iman dibuang jangan 
Itu pejuang di masa hadapan

P/s : Post berkumpulan
Rujukan : Buku 50 misteri menggemparkan dunia

Antara Cinta & Kesetiaan ♥♥♥

Selamat Bercuti kawan-kawan :D cuti-cuti jugakk..study jangan lupa tau!!  Okehh, bila baca tajuk atas mesti tertanya-tanya apa kaitan cinta dan kesetiaan dengan burung layang-layang?? Kisah yang sangat menyayat hati nie saya terjumpa kat satu blog nie lanun sepet ^^.. Gambar-gambar di bawah telah diambil oleh seorang photographer di Perancis. 


Ini adalah sebuah kisah tentang sekawan burung layang-
layangSeekor burung layang-layang yang tidak larat 
untuk terbang telah dilanggar oleh sebuah trak. 


Rakan burung layang-layang tersebut datang membantu 
dan menemaninya dengan penuh kasih sayang.


Sebuah kenderaan lagi telah melalui jalan tersebut dan 
membuatkan kedudukan tubuh kecil tersebut berubah. 


Si burung layang-layang menghampiri sahabatnya dan 
cuba menggerak-gerakkan rakannya itu dengan 
harapan ia bangun dan kembali
 terbang bersamanya.


Ia berusaha bersungguh-sungguh menggerakkan 
sahabatnya dengan mengepakkan sayapnya.


Ia masih tidak berputus asa dan terus mencuba dan 
mencuba agar dapat melihat sahabatnya terbang 
semula seperti selalu.


Menyedari sahabatnya sudah tidak bergerak dan telah
 meninggalkannya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah
 memanggil dan menangisi pemergian 
sahabatnya dengan hiba.


Dan akhirnya ia kembali terbang dan terpaksa menerima hakikat 
bahawa sahabatnya telah meninggalkannya selamanya.





 ✿ Sebagai manusia kita kadang kala lupa dan alpa tentang makna kesetiaan dan kasih sayang. Kasih sayang mampu memberikan semangat dan kekuatan luarbiasa untuk kita berjaya. 

 Selagi kita hidup, selagi itu kita akan belajar dan terus belajar untuk menyayangi orang-orang yang penting
disekeliling kita terutama keluarga dan sahabat kita yang sentiasa memberi sokongan kepada kita. Berkasih sayanglah dengan Yang Maha Esa kerana itulah KASIH SAYANG yang sebenar-benarnya...

p/s : Mas Nurul Syahirah Bt Shairi (UK30229) 
(Tugasan individu)











Kami Semua berpuasa !!


Alhamdulillah dikurniakan kesihatan tubuh badan untuk kami berpuasa sunat bersama - sama . Huhu , Actually kan kita orang tak plan pun nak puasa bersama - sama a . k . a  together gether you all ( nada gedikssss okay ) * Krik krik - Bunyi cengkerik !!!!!!!!

Kebetulan hari kami berpuasa tu tak adalah kelas padat sangat , so taklah memenatkan sangat . Ni kes nak belajar ikan lah nih . Sayang betul kita orang kat ikan2 ni tau . Hihi .. * Propa je lebih * Ade aku kisah ???? What the fish ??? ( Melalut metar ) ..  Mood meroyan sebab assignment sedang berada di puncak kesibukkannya . Atoyai . Seriously agak tension jugak sebenarnya . Maklumlah semester satu relaks2 je kan , now we should struggle more and more lah ..  Berat nanang lah gini . * Praktis cakap ganu kay *

Beralih topik pulok dah , okat straight to the point mula . Memandangkan kami semua terkebetulan pulak berpuasa semuanya , jadi kita orang pon berbukalah puasa bersama - sama . Macam biasalah port makan kita orang adalah di Kedai makan D' Orange . ( Hah, famous kau nak , nama kedai masuk blog kami nih ) Kelas kau cik Lijah oi . Kami tak minta royalty pon . * Muahaha *


Dari kiri : Ika , Hajar , Mas , Ecah and Noni . # Mood kekenyangan #

Wait - wait sebelum tuh , Kami dah order awal2 lagi sebenarnya melalui khidmat pesanaan ringkas ( SMS ) . Dunia dah maju katanya . Hehe . Semangat Ecah a. k. a  Siti Aissah Ali a. k. a Cha cha Maembong meng ' order ' makanan tau , pukul 5 petang pulak tuh . * Semangat itu penting okay *

Antara menu yang menjadi pilihan kitorang ialah Nasi janda , nasi goreng tomyam , nasi goreng ayam goreng ( ni menu special Fatin amylia ) , kuew teow tomyam , mee hun sup pedas ( kaw kaw punya pedas ) , and nasi goreng kangkung . Amek nak . ( Meleleh ayaq liuq menaip habaq hang ) Huhu .... Air pon tidak kurang kesedapannya , nescafe suam ( Khas untuk aqmar magnum ) , carrot susu ais ( hajar and ecah ) , bandung ( mek ikah ) , sunquick ais , and macam2 jenis air yang boleh diminumlah . * Dah tak ingat , banyak sangat * Hehe ...


Yang berdiri dua orang awek cun tuh Fiqa and Amelia ( Kpop a. k. a Kedah pop okay ) .. Yang tiga dara comel yang tengah duduk macam mak datin tuh Aqmar , Anis and Fatin ( yang sedang rakus menggigit straw tuh ) .. hihi

Hah , nak sambung cerita nih , tup tup bila nak dekat waktu berbuka kita orang pon berangkatlah ke kedai tu , then duduk . Sampai azan pon berkumandang , tapi makanan tak sampai2 . Perghhhhhh . Memang bergelodak habaq hang perit kami - kami nih . Kalau makanan tak sampai lagi tak kisah sangatlah , ni ayaq pon tak sampai lagi . * Haus dah tahap puncak alam dah * Berbuka minum air masak je dulu . ( Almaklumlah kedai tu sedap sangat , samapi tak sempat siap order kita orang , walaupun sudah ditempah sewal jam 5 petang ) .. Nasib badanlah . Hihi . 


# Kenyang #


# Ni kenyang ayaq # Kembung perut 


# Sempat lagi posing # Ika and Hajar . Kami senyum sebab kami kenyang ! Hihik .


# Sempat bergurau pulak depa nih # Fatin and amelia kpop . Hah , ni nak habaq kat koma semua amelia and nonilah paling kesian sekali . sebab makanan dorang sampai last sekali . Kita orang semua dah nak habis makanan dorang baru sampai . Amelia pon apa lagi hampir menitis ayaq mata lah . * Lapar kot * Kesian dia ... Hihi ..

Orait , rasanya tu je yang kami nak share dengan kawan - kawan semua . Hope korang terhibur baca entri kami ni . Hehe . In Sha Allah next entry bakal menyusul . Moga ukhwah yang terjalin diberkati oleh Allah SWT . In Sha Allah .

P / S : Post Berkumpulan mingguan .

Aku ke dia ? yang busuk.. huiiih..

         
    hai... comel-comel sekalian..

Masih ingat aku ka? Bonjour, je mappelle noni.Hari jumaat macam ni, macam takde apa yang nak dibuat sangat selain aku nak kena siapkan assignment-assignment aku yang berlonggok tu. Yang berlonggok macam tu pon tak boleh nak dibiarkan sangat, kan jadi berulat pulak. Ok, out of the topic, aku bukan nak cerita pasal assignment aku ni…tapi…ceh ceh ceh…. ( buat suspen sikit ) hahaha…

Aku just nak share beberapa tips untuk elak bau badan. Boleh ke idok ni ? Ada yang sensitif dengan isu ni tak? Adeh, aku punya badan pon kadang-kadang berbau maaa… hahaha.. Terlebih jujur la pulak, lepas ni dah kene tolak 99.1 % markah untuk jadi sahabat pilihan.. huahuahua.. ( nangis aku ) .. al-maklumlah, kuliah untuk sem ni  sepanjang hari kot..


                                                                                   


Macam mana badan boleh berbau ni ?

æ      Badan tak bersih, mandi sekali-sehari ..lepas tu, boleh pulak tak guna deodorant. Haiz..

æ      Makanan berlemak yang kita makan pon boleh menambahkan lagi aroma ketidak-enakkan bau badan kita tu.. Silap-silap hari bulan, nyamuk pon boleh mati. ( lawak hambar )


æ      Pakai baju yang sama setiap hari pon boleh jadi penyebabnya taw.






TIPS ELAK BADAN BERBAU..

o       Kerapkan mandi. Kalo sebelum ni mandi sekali-sehari atau 1minggu sekali, cubalah untuk mandi 2-3 kali sehari. Barulah ada aroma wangian yang menusuk jantung sikit.

o       Pastikan pakaian yang dah dibasuh tu kering dengan sempurnanya. Jangan biarkan hapak ye. ( tapi aku punya baju pon hapak, ni kan musim tengkujuh )

o       Tapi bagi yang mempunyai masalah bau badan yang tegar, seelok-eloknya pergilah berjumpa dengan doktor. Kenapa? Nak suruh doktor tu, potong mana-mana bahagian badan yang berbau..haha.. ( just kidding ) Tanya doktor jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi masalah ini.


Potpetpotpetpet : NOORAINI BINTI BUDIN
                             UK 301 64 / tugasan individu J


Cer teka cer teka

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum sahabat-sahabat yang sentiasa dalam barakahNya. Tatkala jari-jemari rapuh ini mula menari-nari di atas keyboard laptop, kami masing-masing dalam keadaan ketepuan di skala yang keenam. Jadi,tiba-tiba sahaja jari-jemari ini menaip bait-bait kata  supaya dapat dijadikan ilmu bersama. Ok, terasa keskemaan ayat di situ ye kawan-kawan. Namun, itulah hakikatnya.

Orait, berdasarkan gambar berikut rasa-rasanya apakah tajuk entrinya ye??HOHOHOHO

Ahaa ~ Seperti yang berada dalam fikiran anda semua, topik kami kali ini adalah mengenai kawin muda. Ok 
gatal! Then, sila rujuk gambar di bawah.

So, what you think right now? Tak ada mende yang salahkan? Kan? Kan?

Kenapa kami pilih tajuk ni? Kami terfikir seketika apabila melihat ke sekeliling terlalu ramai yang mengucapkan kata-kata cinta yang manis lagi syahdu. Alahai ayatku. Bukan main sadis lagi.

Gambar belas ihsan dari page chill of me~ Silakan like page tu. Banyak motivasi yang boleh dicedok.

Berdasarkan ayat itu, kami telah menyimpulkan segala kekusutan yang ada. Mengapa kita perlu melukai perasaan kita untuk seseorang yang tidak halal? Seronok ke kawin awal ? Dah bersedia ke nak pikul tanggungjawab yang besar mengalahkan dukung batu 50 kg? Tak takut ke nanti dah tak popular macam masa jadi retis dulu ? Hah, macam-macamlah soalan yang akan menerjah dan menyesakkan bilik pawagam 
minda sahabat-sahabat semua.

Bukan untuk dipromote. Tapi nak beli apa salahnya~

Ok tiba-tiba pi letak gambar tu kan?? Buat apa entah mereka-mereka ini. Sila baca tajuknya sahaja. Jadi wanita-wanita yang dijanjikan syurga sekalian, nak tahu macam mana caranya nak masuk syurga dengan mudah?? Alihkan pandangan anda ke bawah.

Islam sangat mudah.

I'm telling you the truth right now (okay kami dah start speaking. Ambik nak, mau jadi biru biji mata) Krikk krikk.. Seriously apa yang sahabat-sahabat nak takutkan bila kawin muda ni?

Rasulullah S.A.W  juga ada menjelaskan di dalam hadithnya yang bermaksudkan : " Sekiranya kamu mempunyai anak-anak perempuan yang sudah remaja, lalu datang seseorang yang meminangnya, jika kamu dapati laki-laki yang masuk meminang itu baik akhlaknya,  agamanya dan sebagainya, maka segeralah kamu menikahkannya ."

Ehemm ehemmm.. Ada lagi yang berbunyi,

وأنكحواالأيامىمنكموالصالحينمنعبادكموامائكمانيكونوافقراءيغنهماللهمنفضلهواللهواسععليم

Maksud firman Allah SWT : “ Dan kahwinlah orang-orang  bujang di antara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui ”.

Tu dioo.. Dah keluaq habis gambaq kawin muda…. Hik hik..

Haaa~ Tengok tuh betapa islam itu indah sehingga menggalakan pasangan muda mudi agar mengikat hubungan yang halal ikhlas kerana ALLAH. Lepaih ni jangan balik rumah terus mintak nak kawin. Habis nanti kami yang menjadi tempat serangan hendap.

Cinta yang halal bukan melemahkan, tapi sepatutnya menguatkan. Lalalala~

Sambung balik. When kawin awal ni, dapatlah menghindarkan diri daripada gejala maksiat yang berleluasa hendaknya. Sahabat-sahabat semua pun sedia maklum dalam usia remaja kita, darah manis dan menggelegak. Kami bukannya nak berceramah, tapi sekadar perkongsian buat semua termasuk kami.

Okay, yang kami ni sibuk dok bercakap pasal kawin muda ni, kami ni sudah bersediakah ??? Sejujurnya In Sha Allah kalau sudah ditetapkan jodoh awal, kami terima.. Tapi kami masih mencari titik kekhilafan agar kekurangan diri ini dapat diperbaiki.. Kami hanyalah wanita akhir zaman yang bercita-cita untuk mendidik jiwa mengikut ketentuanNya.

Hehehe. Andainya jodoh anda telah tiba, inilah saatnya.

Mendirikan sebuah masjid bukan untuk jangka masa yang singkat. Tapi untuk selamanya hingga ke jannah yang diredhai Allah SWT in sha Allah. MAKANYA, wahai gadis-gadis, wanita-wanita, awek- awek di luar sana persiapkanlah dirimu dengan kelengkapan seorang wanita kerana wanita itu perhiasan dunia. Jika molek tata rias serta ahklaknya maka In Sha Allah dalamannya juga baik. Buat jejaka-jeka kacak.. Jemput baca di bawah ye.

Nah, kata-kata semangat! Hadiah.

Buat wanita sekalian,
Wanita engkau perhiasan dunia
Jagalah akhlakmu jangan sampai di jaja
Simpanlah hatimu hanya untuk si Dia
Suami dengan erti kata sebenarnya.


Ikhlas dari kami khas untuk semua.


p/s : post berkumpulan