Lima Mumia Semula Jadi Yang Menakjubkan Dunia


Alhamdulillah diam tak diam kita telah pon masuk ke tahun 2014. Bersyukur di atas segala nikmat telah dikurniakan kepada kita .. Dan juga diatas segala kenangan pahit dan manis yang telah kita lalui sepanjang berada di tahun 2013. Semoga pengalaman lepas menjadikan kita semua manusia yang lebih matang dan berfikiran jauh. In Sha Allah ..

Okay , untuk entri berkumpulan pada minggu ini kami akan mengetengahkan penulisan berkaitan 
M. U. M. I. A .. Apakah yang anda semua paham mengenai mumia ?


# Gambar sekadar hiasan #

Perkataan mumia dikatakan berasal dari bahasa Latin yang membawa maksud Asfal. Iaitu campuran hidrocarbon semula jadi yang tidak mempunyai bentu yang jelas, berwarna coklat hitam dan berupa zat padat yang terhasil daripada minyak bumi dengan suhu pembakaran yang tinggi. Proses pemumiaan merupakan proses pengawetan badan, haiwan dan pelbagai jenis lagi.


Manusia pertama yang melakukan budaya pemumiaan ini adalah bangsa mesir kuno ( 3400 SM ). Pada asalnya , pemumiaan ini bertujuan mengikut acara ritual mereka. Kerana mereka yakin tubuh badan perlu dijaga dan harus kekal sempurna selepas meninggal dunia . Berbeza pula dengan memia yang berlaku secara semulajadi ( Natural Mummy ) . Ia merupakan peristiwa yang jarang berlaku kerana ia terawet tanpa disengajakan  dan atas kehendak Allah SWT jua. Mumia semulajadi mungkin berlaku disebabkan alam persekitaran seperti keadaan sejuk melampau, keadaan berasid , keadaan garam masin, keadaan kering dan ada juga yang terawet kerana keadaan kelembapan yang rendah ataupun udara yang sedikit.

Lima Mumia Luarbiasa yang Diawetkan oleh Alam 

1) Otzi The Iceman ( 3300 SM )


Mumia Otzi ( Frozen Fritz ) adalah mumia semula jadi seorang lelaki yang  hidup pada 53 abad yang lalu. Otzi itu dijumpai pada 19 september 1991 di Schnalstal Gletser di Otztal Alpen , berdekatan dengan sempadan Ausria dan Itali. Mumia Otzi sangat penting kerana  ia merupakan mumia orang Eropah yang tertua pernah dijumpai. Mumia Otzi mnjadi saingan utama Mumia Ginger mesir dari segi umur arkeologinya . Kini , Ianya dipamerkan di South Tyrol Museum of Arceology di Bozen - Bolzano, uatar Itali .

2) Cherchen Man ( 1000 SM )


Mumia Taklamakan ( Mumia Cherchen Man and Family ) ditemui terkubur di Gurun Taklamakan di Wilayah Xinjiang, barat daya, China pada tahun 1978. Hasil kajian DNA  menunjukkan bahawa mumia tersebut berbangsa Celtic dari Eropah. Fakta tersebut mengejutkan ramai kerana jarak antara Scotland dan Taklamakan - China beribu - ribu kilometer jauhnya. Menurut para pengkaji mumia diatas merupakan anggota suku Caledonia Kuno di Scotland tengah. Kini mumia - mumia tersebut tersimpan di Muzium Xinjiang, Wilayah Urumqi , di China .

3) Plomo ( 1440 - 1450 )


# Replika Plomo #

Mumia Plomo ( Boy of El Plomo ) dijumpai pada tahun 1954 di Cerro El Plomo yang terletak di Andes berhampiran Santiago, Chile. Para arkeologi berpendapat bahawa mumia plomo ini adalah anak lelaki yang berusia lapan atau sembilan tahun yang dikorbankan kepada dewa Gunung Inca bernama Apus. Plomo ditemuidalam keadaan beku di puncak kawah dalam keadaan yang terikat. Plomo juga merupakan mumia pengorbanan suku Inca yang pertama pernah dijumpai . Kini, Plomo dipamerkan di Museo Nacional de Historia di Santiago, Chile .

4) Pompei (79 SM )


Umum mengetahui bahawasanya Pompei merupakan sebuah kota moden yang terletak di Greece. Sejarah awalnya kota ini berada dibwah pemerintahan Yunani , tetapi pada tahun 89 SM , Pompei menjadi jajahan takluk Rom. Kota ini terletak di Selatan Teluk Napoli dan kini berada di wilayah Campania di Itali.Secara geomorfologinya, Kota pompei ini terletak di sekitar dasar Gunung Berapi dan ia sering mengalami gempa yang kecil. Namun , penduduknya menganggap gejala tersebut sebagai fenomena semula jadi yang biasa sahaja. Pada tarikh 24 ogos 79 M, bertepatan dengan festival dewa api Romawi, gunung berapi Vesuvius telah meletus memuntahkan laharnya dan mengeluarkan awan gas yang sangat panas , batu - batu, dan debu. Kesan daripada itu , penduduk kota Pompei mati serta merta. Kota tersebut terkubur oleh gunung berapi dan batu apung sedalam empat hingga enam meter .

5) Firaun Thutmose ( 1400 SM )


Apabila berbicara mengenai topik mumia semula jadi dan mumia buatan bangsa Mesir Kuno, Mumia Thutmose III pasti akan menjadi bahan perbincangan dan perbualan yang hangat. Hal ini kerana , antara mumia-mumia raja mesir , hanya Thutmose III yang langsung tidak mengalami proses pemumiaan. Kisah Firaun Thutmose III secara tersiratnya ada tersebut dalam tiga kitab  samawi iaitu Taurat , Injil dan Al Quran . Sehingga kini, masih ada perdebatan dalam kalangan para ilmuwan dan agamawan tentang firaun yang berkuasa ketika Nabi Musa melakukan penghijrahan besar - besaran bersama kaum Bani Israel semasa menyeberangi Laut Merah. 

Allah mengingatkan dalam surah Yusuf , ayat 111 yang membawa maksud :

" Demi sesungguhnya, kisah nabi - nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar kepada orang yang mempunyai akal fikiran. Kisah nabi - nabi yang terkandung dalam Al Quran bukanlah cerita - cerita yang diada - adakan, tetapi ia mengisahkan apa yang ada dalam kitab - kitab agama yang terdahulu daripadanya. Ia adalah keterangan yang menjelaskan tiap - tiap peristiwa, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat untuk kaum yang mahu beriman "


P/S : Post Berkumpulan minggu ini .