Tengok Cerita Seram . Nak jerit ke idok ?



Orait , sekarang ni kami dalam mood layan movie seram ..Hah, layan dengan kesebelasan utama kami .. sebelum tu ada beberapa step yang mesti korang follow sebelum tengok cerita seram yang kedudukan korang bertempat dalam bilik ..haha ..Kalau kat panggung wayang tu jangan korang buat macam ni pulak...

1)Pastikan korang  sediakan segala makanan dan minuman yang mencukupi sebab confirm korang tak nak berganjak kerana terlalu tertunggu2 saat hantu muncul depan korang.( tak bawak pon tak pa, kang tersedak pulak korang, ialah buat tetibanya hantu parking baik punya depan skrin korang tu..Tak ke naya)
2)Bentang toto kat lantai, letak lappy korang di side yang paling centre supaya semua orang dapat tengok ye.
3)Jangan lupa bantal yang empuk lagi gebu dibawa bersama supaya korang ada something untuk buat penutup muka bila sampai saat2 genting..huhu
4)Tutup langsir,jangan bagi satu titik cahaya pon masuk dalam bilik korang..
5)Langsir dah tutup,lampu pon tutup juga ya(untuk kesan yang mendalam dan lebih ummphhhh)
6)Segalanya dah settle baring ramai2 perhatikan skrin lappy dan mulakan tayang ceritanya..

PERHATIAN!!!!!
Ibu mengandung adalah dilarang sama sekali (bukan sama sekali jep,sama berkali2 jugak) .. Penghidap sakit jantung tegar juga adalah dilarang ya (mungkin anda berisiko tinggi untuk diserang sakit jantung saat penampilan si cantik hantu di skrin tayangan anda)... Budak dibawah umur turut sama dilarang kerana anda mungkin akan menigau atau termimpi2 akan kemunculan hantu itu..Kepada sesiapa yang lemah sendi2 tu, takut2 berani tu nak tengok boleh tapi pastikan mulut korang di selotepkan agar tidak menjerit dan mengganggu kosentrasi orang lain pada saat2 genting kemunculan hantu..


Orait , sambung balik ..Kami layan cerita " The Conjuring " ..Memang terbaiklah cerita tu ,kepada sesiapa yang tak tengok lagi wajib tengok okay ..Dengar2 cerita pengarah cerita ni anak tempatan malaysia, betul ke ???? Hah, pandai2lah korang cari sendiri kat internet okay ..hehe ..Ceritanya takdalah seram sangat cuma sound effect yang digunakan tu memang mendatangkan debar didada ni ya..Mau tak debar, music gempak kot..Yang paling tak boleh blah time tengok cerita ni bila part yang main music box tu , tetiba je si hantu perempuan  menjengul kat depan skrin ..Memang bergemalah bilik kami ni..Gila semua menjerit kot ..      (aduyai,hilang kemachomelan kami semua tau) haha . Tutup muka dengan tangan ..Ialahkan takut hantu tetiba terjengul depan skrin tuh .. Gundah gulanalah dibuatnya .
Orait, next cerita yang kitorang tengok ialah Warm Bodies , ni lagilah tak seram ..haha ..Romantik ada ..Zombie bercinta dengan manusia kot , sweet ke? ..Tangkap leleh juga kami tengok ..hihik..Cerita ni berkisarkan mengenai Kekuatan cinta mampu mengubah segala benda yang ade di dunia nih ..hmmm , maybe ..
Last cerita yang kami layan ialah Silent Hill ..Memang agak menggerunkan jugalah sebab hantu dia semua hodoh2 belaka ..Ape pesen hantulah kami pon tak tahu ..Kami pon tak tahulah nak cakap apa mengenai cerita ni ..Moral of the storynya hayatilah cerita seram yang korang tengok ..haha ..Yang penting jangan menjerit okay , nak2 kaum hawa sekalian ..hihik..Sesekali layan cerita hantu ni memang syok and menguji kekuatan mental kita ..So be prepare ..Kuang2 ..

Hope Encik Rabiei dan rakan-rakan sekalian enjoy !

Entri ini adalah assignment bagi post berkumpulan bagi minggu ini . Sekian .