PARANORMAL(aQustica_eLiy)

Gambar sekadar hiasan.

*Kisah Seram Misteri Puaka Rumah Sewa*

-->Cerita ni daripada aku punya kawan..hehehe..
Pagi tu dia orang makan nasi lemak kat luar rumah je, walaupun rumah dah terbuka luas, tapi hati dia orang kuat mengatakan tak nak masuk, mungkin trauma.. dia orang tunggu jelah family si Man tu datang dari Sepang lama sangat nak sampai, yelah nak bawak pawang(bomoh) hebat dari Banting kononnya.. Jam 11.30 pagi barulah family si Man datang, sampai 3 kereta, semua adik-bradik dia datang nak tengok sendiri agaknya apa yg berlaku kat rumah sewa dia orang..
Turun² je dari kereta pawang(bomoh) tu dah geleng² kepala, “rumah apa korang duduk ni..”

Sambil² tu pawang(bomoh) salam dengan dia orang, kata namanya Tok Sheikh, salam² je kata semangat dia orang dah kene tarik.. Kena seru balik, kawan aku sampai sekarang tak faham apa maksud Tok Sheikh tu.. Dia orang kena suruh masuk dalam van. Hanya Tok Sheikh dengan ayah si Man je yang masuk ke dalam..

Belum masuk, baru kat pintu grill, radio yang plugnya kawan aku dah cabut tiba² terpasang kuat menyebabkan adik bradik si Man bertempiaran lari masuk ke dalam kereta.. Dah la lagu India, mungkin masa thr raga kot, ntah la aku pun tak tau.. Dengan radio kuat bunyi pun dah lari, bayangkn kalau tahu yang radio tu plugnya tak bersambung..mmmm..

Lama jugak Tok Sheikh kat dalam rumah tu, ayah si Man hanya tengok dari luar sebab dia pun rasa dah goyang lepas cuba matikan radio tapi plug tak bersambung.. Dalam van semua tekunci mulut, anak² buah si Man yang kecik² semua ketakutan. Apalah kes² macam ni bawak anak² kecik pulak. Tak pasal² budak² tu sekali trauma.. Tak lama pastu kawan aku tengok Tok Sheikh keluar sambil menjinjing anak patung beruang coklat yg besar tu, mahu je mata kawan aku tejojol keluar tengoknya..

Mana tak nya, dia orang bertiga sendiri yang buangnya semalam siap masukan dalam plastik sampah hitam pastu ikat.. Masukan dalam tong sampah kat depan rumah, Man dan Wan tengah tido² ayam kawan aku cuit suruh tengok apa yang Tok Sheikh jinjing tu.. Wan hanya mengucap je macam tak percaya, Man pulak terus meluru pergi tong sampah tengok ada tak anak patung tu dekat dalam tong sampah..

Wan jerit² panggil kawan aku, ''ada la kat dalam ni, tu yang lain'' kata Wan.. kawan aku belari tengok. Ya betul ada, jadi kawan aku ambik dan buka la plastik tu, tapi kawan aku tekejut sebab berat sangat.. Dia check kat dalam tu bukannya anak patung yang ada tapi tu hanya batu-bata yang dia gunakan untuk menyanggah pintu² bilik supaya tak tertutup dengan baju² kotor kitorang yang letak dalam bilik air tu ada sekali kat dalam.. kawan aku tak boleh nak cakap apa dah.. Macam mana boleh dalam tu pulak..

Tok Sheikh datang² kat kitorang marah² sebab tak buang anak patung ni. Kawan aku dah tak tau nak cakap apa² dah, semua Man yang jawab.. Waktu tu jugak Tok Sheikh tu pagar rumah kitorang, tabur garam kasar dan air penawar ke apa entah.. Sambil² tu family Man beli makanan kat restoran dan buat kenduri kat umah dia orang tu.. Buat kenduri kesyukuran masuk rumah baru..

Tiba² rasa lapang rumah tu, tak ada la gangguan macam malam semalam.. Dia orang berharap semua dah settle, sebab esok isnin, adik bradik si Man semua balik kecuali ayah dengan maknya yang dah pencen.. Yelah dia orang nak pastikan betul² selamat, lepas tu dia orang pun risau dengan keselamatan anak dia orang..

Hari Ahad ke Isnin tu tak ada apa² berlaku, kawan aku yang mula ragu² sekarang dah mula rasa selamat.. Sampailah hari Khamis siang ayah dengan Mak si Man duduk kat umah tu, langsung tak ada perkara pelik berlaku lagi..

Itu jelah cerita yg dapat aku sharekan pada waktu maghrib hari ni..bertemu lagi pd maghrib minggu hadapan pulak yer..hehehehehe----------------:D


p/s: CHE WAN NOR AZLILAH BT CHE WAN MOHD RADZI
       UK30142
       TUGASAN INDIVIDU




Tengok Cerita Seram . Nak jerit ke idok ?



Orait , sekarang ni kami dalam mood layan movie seram ..Hah, layan dengan kesebelasan utama kami .. sebelum tu ada beberapa step yang mesti korang follow sebelum tengok cerita seram yang kedudukan korang bertempat dalam bilik ..haha ..Kalau kat panggung wayang tu jangan korang buat macam ni pulak...

1)Pastikan korang  sediakan segala makanan dan minuman yang mencukupi sebab confirm korang tak nak berganjak kerana terlalu tertunggu2 saat hantu muncul depan korang.( tak bawak pon tak pa, kang tersedak pulak korang, ialah buat tetibanya hantu parking baik punya depan skrin korang tu..Tak ke naya)
2)Bentang toto kat lantai, letak lappy korang di side yang paling centre supaya semua orang dapat tengok ye.
3)Jangan lupa bantal yang empuk lagi gebu dibawa bersama supaya korang ada something untuk buat penutup muka bila sampai saat2 genting..huhu
4)Tutup langsir,jangan bagi satu titik cahaya pon masuk dalam bilik korang..
5)Langsir dah tutup,lampu pon tutup juga ya(untuk kesan yang mendalam dan lebih ummphhhh)
6)Segalanya dah settle baring ramai2 perhatikan skrin lappy dan mulakan tayang ceritanya..

PERHATIAN!!!!!
Ibu mengandung adalah dilarang sama sekali (bukan sama sekali jep,sama berkali2 jugak) .. Penghidap sakit jantung tegar juga adalah dilarang ya (mungkin anda berisiko tinggi untuk diserang sakit jantung saat penampilan si cantik hantu di skrin tayangan anda)... Budak dibawah umur turut sama dilarang kerana anda mungkin akan menigau atau termimpi2 akan kemunculan hantu itu..Kepada sesiapa yang lemah sendi2 tu, takut2 berani tu nak tengok boleh tapi pastikan mulut korang di selotepkan agar tidak menjerit dan mengganggu kosentrasi orang lain pada saat2 genting kemunculan hantu..


Orait , sambung balik ..Kami layan cerita " The Conjuring " ..Memang terbaiklah cerita tu ,kepada sesiapa yang tak tengok lagi wajib tengok okay ..Dengar2 cerita pengarah cerita ni anak tempatan malaysia, betul ke ???? Hah, pandai2lah korang cari sendiri kat internet okay ..hehe ..Ceritanya takdalah seram sangat cuma sound effect yang digunakan tu memang mendatangkan debar didada ni ya..Mau tak debar, music gempak kot..Yang paling tak boleh blah time tengok cerita ni bila part yang main music box tu , tetiba je si hantu perempuan  menjengul kat depan skrin ..Memang bergemalah bilik kami ni..Gila semua menjerit kot ..      (aduyai,hilang kemachomelan kami semua tau) haha . Tutup muka dengan tangan ..Ialahkan takut hantu tetiba terjengul depan skrin tuh .. Gundah gulanalah dibuatnya .
Orait, next cerita yang kitorang tengok ialah Warm Bodies , ni lagilah tak seram ..haha ..Romantik ada ..Zombie bercinta dengan manusia kot , sweet ke? ..Tangkap leleh juga kami tengok ..hihik..Cerita ni berkisarkan mengenai Kekuatan cinta mampu mengubah segala benda yang ade di dunia nih ..hmmm , maybe ..
Last cerita yang kami layan ialah Silent Hill ..Memang agak menggerunkan jugalah sebab hantu dia semua hodoh2 belaka ..Ape pesen hantulah kami pon tak tahu ..Kami pon tak tahulah nak cakap apa mengenai cerita ni ..Moral of the storynya hayatilah cerita seram yang korang tengok ..haha ..Yang penting jangan menjerit okay , nak2 kaum hawa sekalian ..hihik..Sesekali layan cerita hantu ni memang syok and menguji kekuatan mental kita ..So be prepare ..Kuang2 ..

Hope Encik Rabiei dan rakan-rakan sekalian enjoy !

Entri ini adalah assignment bagi post berkumpulan bagi minggu ini . Sekian .

♏uqadimmah ₭ami ❤❤





Assalamualaikum Wbt 
Selamat sejahtera dan Salam Satu Diploma buat 
Encik Rabiei Mamat serta rakan II yang dikasihi sekalian .

Salam Ukhwah lebaran buat semua
Kami pelajar diploma semester II (kedua)
Subjek sistem komputer dan aplikasi
Universiti Malaysia Terengganu.

Kami disini ingin menuntut ilmu
Untuk membela nasib ayah dan ibu
Perjuangan ini pasti punya ranjau berliku
Namun kami percaya pada usaha yang jitu.

Buah jeruk buah mangga
Daun mengkudu pahit rasanya
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Salam ukhwah buat semua.

Kami perantau nun dari desa
Berkelana sebentar mencari ilmu
Tolonglah tuan menyumbang jasa
buat kami disini semua.

p/s : nie laa kiteorang sebelas sekawan. Cun tak hehehe